Friday, December 19, 2014

Cerita habuk

Dah lama tak bersuka asyik berduka. harini kita kasi hapi sedikit walau cuaca jiwa tu mendung hiks. Takpa bab tu kta abaikan . ha nak cerita apa..  akceli rindu sesangat nak bercerita, berbelogwalking nak komen komen dalam blog dengan bloger bloger..Serius rindu tapi sebab takdan dok bukak guna fone jadi buang shoutbox buang ruang komen. Punya takut taksempat mencuit balik kawan. Ahaha bukan alasan okey. tapi memang betul. hupdate apa boleh nak balas kunjungan tu macam berabad jugak laa. dulu masa sekolah menegah rajin p melawat blog nu melawat blog ni. tapi lani macam malas. serius. tapi bukan malas. tak sempat. ha paham??

hatudia ayat dah supa keling. maap maap! excited lama tak hupdate pakai laptop. hihi ni pun dekat pejabat kodekkodek nampak orang lalu buat2 macam buat keja. padahal tengah menaip . muhahahaa. sory boss. boss pulak nak kawen esok. aku pun ambik kesempatan dia tengah bz aku pun tengah bz berbelog, HAHAHA *gelak jahat sikit ;p . 

okey okey. kemarin bila tah. dalam dua hari lepas. tetiba jadi semangat berkobar kobar nak stalk following. haa. punya nak cerita. dulu boleh nak kata following tu semua kenai. mau tak kenai p blog depa "hai saya follow. Tuan blog sihat?" milkysmilenah dok pakai ayat ni , pastu depa pun mai blog kta " hai saya follow back, sihat Alhamdulillah. Tuan blog ni pulak sihat?" nah macam tu la dok bersambung bersambung sampai satu DUNIAAA kenai. Hebat bukan kuasa blogwalking tu :p Ada yang sampai sekarang masih berhubung macam si DF. ahaha peminat detektif conan haa. memang minat gila .. blog dia saja penuh dengan Conan. osem bukan? hahaha masih ingat ku kepadanyaa.masih lagi berhubung  ada jugak kawan ucu. lagi kak fiza suhaimi. ada pulak sapa si reza . aduu si reza ni cari mana dah tak jumpa. Dia dulu suka pangil aku mon. aku pun pusing kalau p melawat blog dia... haa apa makna mon?? mon tu monkey. mamang saja dok perangat aku. tepi lek jaa. kawan2 mengusik .. tah umoq brapa tak ingat dah semua aku rasa macam tu sepulo tahun jaa dangan aku. Muahaha. k nak ingat lagi. ada jugak kak aisya apa yang bunny2 eh camana aa ejaa. tak ingat. tapi sampai sekarang i follow lagi dia punya tewite even dia jarang bertwit tengok asyik iklan nufnang jaa. muehehe. akceli ramai lagi. dulu ada si the story of lusa. cari blog dia. tapi dah tak aktif. serius ramai kawan2 blog dah lesap milkysmile dunia blog dah tak semeriah dulu. rindunya. 

Habis cerita pasal tu. tengah pikir balik nak letak ke idok shoutbox tu. sebab rasa macam kebusy an sebegini takut tak mampu membalas kunjungan kaliaaann.. maaaap! nanti la ku letak kan kembali itu shout busuk.. ID lama masih ada boleh la nanti sambung yang lama. ku balas2 kembali.. okey tu baru pendahuluan.. tak start lagi cerita. muahahahah k tak aku melawak saja ookey. harini takdak pendahuluan isi penutup apa semua. harini main randomm. main bubuh masuk taruk atas macam nasik kandaq kuah banjir. nahh.memang saja cari pasal cakap pasal nasik kandaq. hoo umpama ganja gitu. hang dok jauh pun dok terngiang-ngiang keharuman dia. *hyperboleh tapi sumpah . dok kelantan 2  tahun setengah. kebuloq dia nasik kandaq macam apa ja. setiap kali balik pekena dulu baru benda lain jalan. ha paham dak dia punya kata syiurr dia tu macam mana :p yang belum cuba nasik kandaq sila cuba. k nak tulis sikit tapi meleret dia macam meleret cerita sembilu kasih . Apa2 pun stop dulu nanti kita sambung ceritaa.Photobucket

Banyak nak cerita dekat blog. banyak nak mengadu dekat blog. rindu dekat blog ni! rinduuuu gilaaa gilaaaaa . semingu sekali nak hupdate. tahun duaribupatbelas macam2 berlaku sepanjang 2014 ni. dari yang sedih gembira, syok tak terhingga pastu yang sedih tak tehingga.Photobucket nyilu pedih pastu pedas semua nak cerita. kalau takdan pun nak cerita jugak. kita sambung cerita untuk 2015 pulak. jeng jeng jengg.. kita tunggu dan lihat apa jadi 2015. mana nak tau tahun depan kawen dengan anak rajaa.. hebat bukan aku punya deman nak anak raja. apa pun hidup lagi kah? atau mati sudah kah? kalau mati doakan aku. kalau tak mati doakan aku jugak jadi anak ayah mak yang solehahh. kekekee. cukup panjang sudah ni. boleh buat buku so kita stop dulu sampai sini..bila2 kita kasi gosip mengupat mencarut bersenda berceerita dekat sini hokeeyy. love u blogg.! love u bloggerr.! byeePhotobucket

Tuesday, December 16, 2014

Gelas

Kau ada satu gelas..
Gelas tu kau guna..
Gunalah sampai satu hari..
Kau dah rasa tak perlu..
Kau nak gelas yang baru.
Kata kau.
Si gelas tak boleh tampung air yang banyak..
Kau nak yang lebih baik..
Kata kau ..
Si gelas tak selesa di minum..
Nak yang lebih menarik reka bentuknya.
Kau baling Gelas itu
Hancur..
Kau biar, bertabur serpihan kaca .
Jalan kau pergi sana sini.
Edah tak edah.
Satu hari kau sedar gelas yang baru tak sebagus gelas yang awal..
Kau kutip semua, kau cantum semula.
Nampak dah senpurna.
tapi masih ada serpihan yang hilang.
Kau tuang air..
Nak di minum, kau haus..
Tapi sayang kau tuang..
Air tak tertampung.
pecah kembali.

Begitu juga lah hati..
dah hancur tak mungkin kau cantum semula.
dah terluka kau mungkin bisa jahit.
tapi kau tak mungkin hilangkan parut.

Thursday, November 27, 2014

Tak apa

Dulu..
Tak apa..
Jika kau menyalahkan aku..
Tak apa..
Jika kau mengata aku ..
Tak apa.
Jika aku jadi mangsa.
Sekarang..
Tak apa..
Aku hanya hilang kau bukan hilang tuhan.



Monday, November 24, 2014

Jalan

Nak kata sedih... tidak..
Kata gembira... tidak...
Mungkin kita dah terbiasa dengan
"Tiada pun tak apa."
Ya kan?
Okay..
Jalan..

Tuesday, November 18, 2014

Mungkin

Mungkin salah waktu..
Bukannya salah orang.
Tak salah kau.
Mungkin salah aku.
Harap kau tahu..
Bukan ini yang aku mahu.

Tuesday, November 11, 2014

Kita kita

Kau asing.
Siapa kau aku tak tahu.
Mungkin lain lorghat lain cara.
Tengok dari jauh.
Apa ku perlu bersahabat dengan kau.
Ku pandang lagi.
Itu dialog ku pada awal..

Tapi sekarang kita dah kenal.
Kau sahabat ku.
Ku tatap lama lagi.
Apa kau akan ingat aku dalam doa .
Apa aku bisa tatap mu seperti hari ini.
Apa sepuluh tahun lagi nyawa itu milik aku..
Apa perasaan ini.

Tak banyak kita berkongsi..
Cuma kadang kita bergurau..
Kita bersapa tentang minat masing..

Semat sampai tua.
Apa yang ku tahu..
Aku simpan memori itu ..
Kau juga simpan memori kita.


Thursday, October 30, 2014

Manusia menyalak.

Kata orang dengar benda menyalak,
Kita diam..
Jangan sama menyalak .
Macam jugak melawan si anjing menyalak..
Tak guna..

Okay, sekarang aku diam. Harap kau diam.

Friday, October 17, 2014

Walking to the rubbish

and now..
people getting weird , same goes to u..
and i'm start hating u.
 
donchu know...
i'm tried to gave u a second change.
but why people keep blame me ?????
ekhemm.. did i do wrong? 
don't them know u the one who made us become like this..

please don't come..
now and forever we done with it. so its all..



Sunday, October 12, 2014

Kau dengan perasaan kau.

Mana perasaan aku..
Jujur aku dah penat ..
Banyak aku mengalah untuk kau.
Kau tak pernah nampak.
Apa kau buta? ..
Sakit hati aku tak penah kau kisah.
Apa yang kau kisah,
Kau dengan perasaan kau.
Perasaan kau aku yang jaga.
Hati kau semua aku yang jaga.
Memang aku yang jaga.
Semua aku yang jaga.
Habis perasaan aku siapa nak jaga??
Sekarang biar semua tentang kau aku yang jaga.
Sakit aku sekali pun, luka sebesar penumbok sekali .. Aku takkan bersuara..
Ya aku diam. Kau pelik.
Apa bila aku bersuara kau mahu ubati?
Dan aku tahu kau takkan ubati.
Sudah lah. Biar sekali ini aku diam ..
Biar hati kau aku jaga.
Aku dah hilang rasa untuk kau. Aku dah buang semua. Perasaan marah, perasaan sakit aku dah hilang. Aku dah mangli.. Biar kau dengan perasaan kau. Aku tak ganggu..

Sunday, September 21, 2014

Tentang rasa

Aku marah.
Kau marah.
Kita bertengkar.
aku masih disitu tak akan pergi.
Mengiakan biarpun terpaksa..
Mengiakan apa dihujung telunjuk..
Aku mengia agar kau tahu,
Pertengkaran bukan cara untuk meletakkan persetujuan,
Kau buat aku seakan kau sorang tahu bersuara..

Tak apa...
Aku masih duduk disitu.
tak berginjak..
jangan bila aku hilang rasa.
Aku berlalu pergi tanpa toleh.

Andai aku bisa melangkah pergi.
Syafiqah Othma

Thursday, September 18, 2014

Sakit.

Aku rindu kau. Tapi.
Kau tak tahu.
Tak tahu juga macam apa yang aku rasa.
Sakit.
Aku harap kau rasa satu hari nanti..
Kau akan rasa sakit rindu macam aku rasa.
Aku harap.
Kau akan tahu sakit merindu.

Wednesday, September 17, 2014

Terbang sayang terbang..

Terbanglah sayang selagi kau punya sayap di belakang.
Terbanglah sayang selagi tiada siapa menghalang kau untuk terbang...
Terbang sayang terbang selagi sayap kau tak hilang dibelakang.
Terbanglah sayang selagi keupayaan pipit kau tak dicuri helang....

Sayang.. Apa kau lupa kau juga mampu terbang ?

Wednesday, August 20, 2014


Tuhan 
Aku sering ingkari taubat.. 
Aku sering  pandang remeh pada dosa.
Aku juga zalim pada diri..

Apa masih kau terima taubat aku si pendusta?
Apa masih kau terima taubat aku si pendosa?
Apa masih kau terima taubat aku yang mudah hanyut? 

:'| 

Mengah

Bila kau sudah ditempat paling tinggi..
Ingat bukan kau yang paling tinggi.
Tapi ada Dia yang maha tinggi.

Bila mana kau mula mendabik dada.
Seakan pahala sentiasa berganda.
Ingat, bukan kau sorang yang berkuasa. Dia lagi kuasa.

Sini bukan nya tempat bermegah..
Apa kau lupa sini tempat asalnya hidup kau mengah...

Saturday, August 09, 2014

Tunggu

Selalu..
Terfikir aku.
Masih kau ingat aku?
Manalah tahu kau tunggu. 
Entah kenapa aku berfikir kau tunggu.
Sedangkan aku yang menunggu.
Lalu menulis sesuatu ..
Kau mungkin akan diam membisu.
Tapi sengaja aku mahu tunggu ..
Mengharap kau bicara sesuatu.
Hampa, bila tiada kabar mu.
Oh lupa kau bukan lagi dengan ku..
Tiada hak aku nak tunggu..
Tapi aku tahu ..
Kau selalu..
Ada disini menunggu apa yang aku mahu. :')

Syafiqah Othma

Friday, August 08, 2014

Lari.

Lucu..
Bila hati tak lagi rindu..
Bila hati tak lagi sayangg.

HAHAHA
Ya lucu.
Dan aku mahu tanya..
Mana pergi sayang dan rindu?
Apa kau bawak ia lari bersama kau semasa kau lari dulu?


Thursday, August 07, 2014

Aku minta lalu..

Aku memang begini..
Biarlah dikata aku keras kepala.
Biarlah nak kata aku ikutkan kepala.
Biarlah nak mengata yang aku kepala bata.
Bukan aku tak nak percaya.
Tapi aku malas nak percaya.
Pernah dulu matian aku percaya.
Bila tak sependapat.
Apa yang dapat?
Kau tikam aku rapat-rapat!
Aku bukan yang dulu..
Senang diheret kehilir kehulu..
Sekarang beri aku lalu..
Aku cuma minta tumpang lalu..


Wednesday, August 06, 2014

Jangan cari.

Sengaja aku nak duga..
Tengok jauh mana mata.
Kau buat buta.
Tak apa.
Aku percaya.
Kau memang buta.
Konon tak lihat..
Sedikit tak terpahat.
Apa nak buat..
Kau takkan lihat.
Aku kan pergi.
Jangan cari.
Harap kau kira dengan jari.
Berapa hari aku pergi.
Biar puas hati.

Letak mana malu?

Lalu coret sesuatu cerita..
Ceritanya tentang sesal..
Sesal bila kau sesal kau takpernah menyesal..
Apa kau tahu..
Bergurau sana..
Bergurau sini..
Mana pergi malu?
Oh lupa kau memang takda malu.

Cakap dengan siapa?
*Dengan cermin.

Syafiqah Othma

Monday, August 04, 2014

Asalkan kau tahu pulang..

Bila sedih..
Tulis tentang hati yang sakit..
Bila insaf..
Mula tulis pasal baiknya tuhan.
Agak-agaklah ada tak yang menyampah pandang orang yang kerap rapuh?

Bagi aku :  senang..
Tak kira berapa kali kau rapuh ..
Berapa kali kau jatuh..
Yang penting macam mana kau mula ingat Tuhan saat kau jatuh.
Tu dah cukup. Kita manusia.
Iman senipis kulit bawang.
Nipis..
Tak kisah kau jatuh, kau rapuh..
Asal kau tahu pulang..






Sunday, August 03, 2014

Doa sayang.

Nak sedarkan kau..
Aku pon hanyut.
Apa boleh aku buat?
Tengok dari jauh.
Tak sampai hati..
Tak apa.. Aku ada senjata..
Aku harap ia berkesan.
Doa?
Ya. Aku doakan kita sama2 kembali pada DIA..
Lagipun aku harap kita jumpa disana semula..
Semua Sebab aku sayang kau..


Syafiqah Othma

Saturday, August 02, 2014

Apa nak risau..

Jatuh tu sakit.
Bukannya tak sakit.
Dalam sakit kau perlu bangun.
Ramai sedang berlari jalan.
Kau jatuh terjelepuk sampai bila?
Sekurangnya bangun mengesot.
Kau kan bergerak jalan.
Jarak takkan terlalu jauh..
Hari ni tak ada yang mengangkat pimpin masa jatuh.
Mungkin esok akan ada yang mengdukung lari
DIA dah janji.
Apa nak risau. 

Friday, August 01, 2014

Dunia dah tua.

Dunia dah tua.
Tapi apa kau pikir??
Nafsu serakah tetap kau lepas.
Apa kau ingin..
Semua kau bidas.
Apa kau lupa?!
Dunia ini palsu.
Lakonan manusia ..
Konon hidup selama.
Dunia dah tenat.
Usia tunggu ajal.
Kau pon tahu..
Cuma buat-buat tak tahu.
Pekak mata..
Buta telinga..
Pikir hati tak apa.
Asalkan nafsu kenyang..
Sendawa.

Syafiqah Othma

Tuesday, July 22, 2014

Musuh bayang..

Tahu tu bukan dia.
Tapi bayang tu seakan.
Aku jalan sana..
Jalan sini.
Terpandang muka yang sama.
Hati membuak benci.
Entah. Tu bukan dia tapi benci.
Sakit...
Seolah bayangan itu dia didepan..
Tuhan .. aku cuma mangsa.
Kenapa menghukum?  :[


Syafiqah Othma

Monday, July 21, 2014

Ceritanya.

Ceritanya..
Aku disuruh jagakan hatinya.
Aku jaga, jaga rapi..
Tak biar kena panas hujan..
Risaukan hujan panas.
Ku payungkan,payung sayang..
Tak ingin lihat demam bertampal koyok.
Ada hari hatiku ditoreh luka dalam. 
Apa peduli..
Aku mahu, biarkan lagi bertampal..
Aku jahit..
Tak sakit.. 
Asal dia ada.
Biar lagi.
Biar ..
Satu hari nyata. 
Dibiar hatiku.
Dia pijak henyak pula..
Pikirnya juga takkan dalam lukanya. 
Sudah.. 
Hatiku dah tenat.
Perlukan ubat..
Aku pergi .. jangan cari. 

Syafiqah Othma

Saturday, July 19, 2014

Si pendosa.

Aku hiasi ruang ini
Tentang kisah ku..
Kerana ku pasti mungkin hari esok bukan milik ku lagi...
Ya, benar hari ni masih terdaya menulis.
Mungkin esok tidak .

Aku akan mati.
Di mamah tanah.
Tapi harap apa yang dicoret takkan mati..
Aku ingin ia mekar sebagai coretan.
Coretan yang bisa menghias-
Ruangan usang tiada penghuni.
Iaitu diari hidup aku si pendosa..

 Syafiqah Othma

Friday, July 18, 2014

MH17

Ujian dan musibah rata-rata.
Nangis negara dilanda ujian.
Satu per satu..
Tanda Dia sayang ..
 Dia Pencipta Alam..
Dia tahu apa yang terselindung.
Apa yang tersembunyi.
Ada hikmah..
Kita rasa berat..
Menangis air mata..
Dia sebaik perancang.
Manusia pula mula cipta spekulasi..
Konon angka 7.
Dia bagi ujian untuk kembali berdoa..
Bukan jadi dukun.
Bodoh manusia.
Berhenti ..
Sebelum ribut ujian tak henti..
Apa dah lupa dunia makin uzur??
Ada pula yang masih bersuka..
Belum kena batang hidung..
Tak apa.
Masanya akan sampai..

*Doakan Gaza Malaysia.

with love.  
Syafiqah Othma

Monday, July 14, 2014

Beri ruang aku Nafas.

Kau buat aku menyampah..
Aku buat tak ambil tahu.
Sambil mengjengkel dalam hati.

Apa aku lihat,
kambus setiap detik dalam mata dalam dalam.
Apa aku dengar, simpan tanam dalam gegendang..
Moga selamanya terbenam..
Takkan muncul benci, takkan hilang sayang..
Buat tak tahu.
Biar itu hak aku..

Jangan ganggu aku..
Beri ruang aku nafas.

with love.  
Syafiqah Othma

Saturday, July 12, 2014

Percaya..

Andai kita satu pasukan.
Aku cuma ingin minta sesuatu: Kepercayaan.
Agar bila ada yang mendengki,
Biar ada yg bercerita buruk.
Kau tetap percaya.

Kerna
Kau tahu apa yang aku mahu..
Dan aku juga tahu apa yang kau mahu..
Apa susah kau cuma perlu percaya.
Percaya takkan buat kita berpecah melainkan kau sendiri memecah. 

*Aku cuma minta kau percaya. 

Thursday, July 10, 2014

Moga tak salah.

Sengaja mahu tahu apa perasaan bila sesuatu hilang..
Cuba selam rasa hati paling dalam ..
Letak diri dalam satu keadaan..

Andai ia hilang.
Apa akan ada rasa kehilangan?

Moga tak salah ...
Takut sesal sampai mati...


with love.  
Syafiqah Othma

Wednesday, July 09, 2014

Tuhan sayang kita.


 Sayang..
Cinta jangan dibawa ikut nafsu.
Jangan pula salah tuhan cipta nafsu.
Nafsu anugerah.
Didik nafsu dengan iman.
Dia kurniakan kita akal,
Akal untuk manusia.
Kawal nafsu dengan akal.
Buat apa ada akal kalau bukan untuk  fikir baik buruk.

Kita manusia.
Bukan binatang.

*Tuhan sayang kita.

with love.  
Syafiqah Othma



Monday, July 07, 2014

Apa kau layak?

Kalau aku burung pipit   
Kau burung Enggang. 
Kau pilih aku. 
Apa aku rasa.

Aku takda apa 
Kau semuanya ada.
Kau kuat.. Kau hebat.. Kau baik..

Aku..
Apa aku ada?
Apa masih aku layak ? 
  
*Kau jauh lebih layak beribu kali kesempurnaan. 

with love.  
Syafiqah Othma

Saturday, July 05, 2014

Jalan redah duri.

Boleh aku toleh belakang?
Toleh hanya seketika..
Tak lama.
Kutip sedikit kenangan..
Buat pengubat hati merindu..
penguat kaki harung duri..

Aku harap
Masih ada yang tunggu.
*redah duri pimpin tangan jalan sama.



with love.  
Syafiqah Othma

Hati Berparut.


Dah lama aku tinggal hati sendiri..
Untuk tengok-tengokkan hati orang..

Tapi harini..
Nak juga aku jenguk-jenguk dia: hati sendiri.
Baru sedar,banyak luka.
Banyak parut pun..

Tak sakit mana ..
Tak apa.
Luka aku dah aku jahit..
Parut lama pun..
Sudah aku padam.

Harap tiada dendam..
Hidup tak lama.
Takut-takut kalau bawa jumpa DIA,

*DIA tak terima hati berparut.


with love  
Syafiqah Othma

Thursday, July 03, 2014

Susah Jadi Orang Tengah..

Yang kiri cakap itu.
Yang kanan cakap ni.

Sorang tak pandai mengaku salah.
Sorang tak reti mengalah. 

Dah salah .. mengaku. 
Buat apa besar-besarkan keadaan.
Selesai cara elok.

Tak susah. 
Cuma bincang.
Letak ego bawah kaki.
Cakap pasal maruah..

Sudah laa. 
Aku rimas.

Pergi jauh-jauh..
Buat apa yang kau dua suka.
Biar sampai bertumbuk..
Jangan sampai mati-an

*Asal selesai. 


with love  
Syafiqah Othma

Wednesday, July 02, 2014

Bila Aku Jatuh.

Dulu-dulu..
Aku sangka sayang dan cinta tu sama.
Sampai satu masa
Ia hilang..
Tersedar.
Memang banyak bezanya..

Macam jugak sekarang..
Aku pikir kawan dan sahabat tu sama.
Tapi, bila aku jatuh.
Baru aku kenal.
Mana satu kawan.
Mana satu sahabat.

*Dan mana satu lawan.


 with love  
Syafiqah Othma

Tuesday, July 01, 2014

Aku tak buta.


Kau nak.. Kau boleh mintak. 
Buat apa curi-curi belakang aku. 
Aku bukan buta. 
Aku tahu mana aku letak..
 mana aku simpan.

Tak perlu tunggu aku mandi.
Nak jenguk2 barang aku..

Nak tengok mintak. 
Bukan aku tak kasi tengok-tengok.

Aku tak suka bila fone aku senang-senang orang bukak. 

Aku lock.
Tapi kau bukak. 
Mungkin dah lama usya . 
Tak sengaja kau ingat. 
Tak apa. 
Aku tak kisah. 
Bukan ada apa dalam nya. 
Cuma cara kau..
 Aku tak suka.



*Aku tak marah tapi aku nasihaaaat.

write with love  
Syafiqah Othma

Monday, June 30, 2014

Telan pahit kata-kata.


Entah bila boleh luah apa yang nak diluah. 
Entah sampai bila hati kena kunyah katakata bohong dari mulut sendiri. 

Nak cakap rindu takut salah.
Nak luah sayang takut silap.

Maaf
Aku manusia penakut. 
Tangan saja giat menaip
Lain pula mulut, hanya mampu diam..
Hati? Mengikut rentak jalan hidup.


 *telan pahit.



write with love  
Syafiqah Othma

Sunday, June 29, 2014

Alhamdulillah

Terima Kasih Ya Rabb kerana 
Sampaikan aku dengan bulan ramadhan tahun ini. 

Alhamdulillah. 
Hari pertama puasa dengan cuaca yang redup. 
Hujan rahmat dipetang hari.
Hilang rasa penat, dahaga. 

Alhamdulillah.. 

*bayi bau syurga. Allah rindu.


write with love  
Syafiqah Othma


Saturday, June 28, 2014

Hati kau macam robot.

Kau terkilan.

Apa yang kau rasa tu kau simpan. 
Sampai satu masa,perasaan tu hilang sendiri..

Dah biasa lama2 terbiasa. 
Nak lalui terbiasa tu jauh. 
Sabar.
Lama-lama kan terbiasa. 
Yang penting sabar.

Takperlu jaja kesedihan konon nak cerita betapa kau terkilan. 

Sudah lahh. 
Tunggu saja saat kau terbiasa. 

*Lama-lama akan ada yang tertanya kenapa hati kau macam robot..


write with love  
Syafiqah Othma




Friday, June 27, 2014

Sakit minta pujuk.

Dalam satu keadaan.

kecewa ku bersebab .
kecewa memang kecewa .
sengaja aku mahu di pujuk pujuk.

minta ku dengan merajuk, pikir boleh bermanja-manja..
boleh juga tengok, dalam mana sayang nya.

Dipujuk sampai satu tahap sabar sipujuk hilang .
Dilempang pula gegendang dengan kata2.

janji pada diri.
pandai lah nanti ku pujuk pujuk hati sendiri,
pandai juga nanti ku pujuk pujuk rajuk sendiri


*jalan seret kaki

write with love  
Syafiqah Othma

Wednesday, June 25, 2014

Dua pilihan.

Kata orang tak susah pilih antara dua pilihan.
hanya dua.. 
bukan tiga, empat atau lebih..

kata aku..
dua pilihan lah yang susah..

Untuk yang satu pernah lari jauh-jauh..
kini ingin kembali pulang ke punguk..
dan
Untuk yang satu dekat tetap dekat ..
dibawah ketiak namun susah di kendong.

pilih yang mana?


mati kutu.

write with love  
Syafiqah Othma





Sunday, June 15, 2014

Syukur tuhan tak pernah muak.


Nikmat diberi tak terkira,
tapi kita lupa siapa pemberi nikmat,
Kesenangan diperoleh tapi kita lupa siapa pemberi kesenangan,
kejayaan kita kecapi dada mula didabik. 
rasa kita yang paling tinggi terbang. 
tapi kita lupa siapa pemberi kejayaan..

Terbang terlalu tinggi,
satu hari jatuh terjelepuk,
segalanya hilang.
semua lesap diheret pergi.
apa yang ada? 

Mula merangkak cari tuhan. 
sedang senang ku lupa Dia..
 susah, mula raba mencari. 
sedang kalau tuhan juga punya hati.
Di tendang kita jauh-jauh.

tapi tidak.

tuhan tak pernah muak . 
syukur tuhan tak pernah muak untuk kita.
 setiap apa yang dipinjam perlu kembalikan.
kembalikan dengan penuh nilai
walau tak ternilai untuk satu nikmat. 


write with love  
Syafiqah Othma

Saturday, February 22, 2014

Pantai Melawi, Kelantan ^^

Hai Assalamualaikum..

Memandangkan ada masa untuk mengupdate belog usang ni aku nak update sikit..Dah lama tak buat cerita ceritit dalam belog ni. So harini nak share cerita minggu lepas.Maklum. sem ni tak banyak project so kami banyak p jengjalan. P picnik dengan kawan2 macam satu nikmat tau, dok stress2 so keluaq tengok ciptaan Allah lega sikit. accey...takdak stress mana tapi best tau pantai Melawi ni. nak habaq punya bestnya pantai dia sampai dua minggu berturut2 aku pi haaa.. *boleh nampak punya pulunnya nak hbaq betapa syok tu?

Atas permintaan Cik Jazilah, PA kami *Penasihat Academi* dia ajak kami anak jagaan dia p pantai. Pastu kami pon punya rancang best laa. Main bagi tugasan. deyni bawak ini deyni bawak ini dan deyni bawak ini. masing2 bawak bekalan , bawak sorang sikit. Geng rumah aku ni cakap okey kami bawak bihun goreng *siap ada sambai hitam,muahh*  ada geng rumah lain bawak nasik goreng, geng laki bawak ayaq gas dan jajan2. yang best PA kami bawak ayam bbq yang dah di perap. perrhh. memang syiokk habis!

kami pempuan bawak 2 kereta.PA naik satu kereta, ada lagi dua kereta lecturer lain *kami sendiri tak kenai sapa dan 4 kereta konvoi sama2 p pantai sebab kami gegurls ni taktau jalan kelantan. laki naik moto depa berapa kerat. p awai .. sesampai tu memang exited gilaa. setai aku memang habis hati bila nampak pantai main nak terejun jaa. tambah2 p tu memang tujuan nak mandi2 nak bakaq memang aku p pakai baju untuk mandi terus haaa..memang gedik habis tengok laut. hehehehe

*sebelum masuk ayaq. gegurl dok amik gmbaq. hat laki dok buat bara.

kengkawan lain macam dok pkiaq dua tiga kali nak masuk ayaq ka dak. ada dok rehat2 dulu yang aku dengan sorang ni memang terus terjun pnya. lama sikit yang gegurls lain baru pakat masuk ayaq. macam2 permainan dah main dalam ayaq, baru teringat  laki dok jaga api bakaq ayam. hahahah bagus kami pempuan2. laki yang tolong masak kami dok mandi manda. tapi memangkan keja laki selalu bakaq2? hahahaha

*kita mengupdate tengok balik gambaq ni. fieewww menguji betul. lapo weh..

dok mandi2 depa panggil makan. ayam dah masak. perghh. memang kebulooo~ letih main pastu naik makanan dah terhidang.  pakat makan2 dan ada lecturer bawak kek coklat haa. fevret aku kot. syiok. PA dok amik gambaq2 apa semua yang kita basah lencun memang tak laa nak pegang phone pulak kan. tapi memang enjoy gilaa. terlupa esaimen2. project2. hahaha. tapi nak cerita pantai nya best.laut dia landai. so p jauh mana pon tak dalam.. maklum laaa aku kan terlebih tinggi. hahahaha.


*thanks cik ain, kita semua basah2 so dia lah yang paling rajen melayan semua
-sapa suruh tak terjun skli an- hahahaha

lepas makan, ambik2 gambaq apa semua dan kembali terjun bermandi mandaa.sampai berhingus weh tersedut ayaq laut banyak. kahkahkakha loklaq!

*PA kami yang berbaju kurung tu haa. Syang sangat dekat dia. 

k. habis semua tu sampai Pengkalan chepa pukul 8.30 malam. memang macam long journey jaa. penat tapi best. the one of the best memory kat kelantan.amboi ^_^ dah tak lama dekat kelantan. tak sampai setaun dah pon. muahahah sedih pun ada, tak sabaq nak habih pon ada jugak.  hehee.. best jugak hidup dekat kelantan . makanan masih lagi murah. yang penting banyak pantai. hahaha. k mengarut sudah.
Assalamualaikum
write with love.  
Syafiqah Othma