Thursday, May 31, 2012

Mereka dah sampai.kita bila lagi? ♥ .

Assalamualikum..
pada 26 MAY mak dan ayah telah selamat terbang ke Makkah~
flight prents awal pagi iaitu pukul 7.00 am.flight tu ke Kuala Lumpur International Airport(KLIA) ..dari KLIA baru ke King Abdulaziz International Airport  (JED).so kami ramai2 bertolak ke Penang International Airport (PEN) pukul 5.00 am sebab takut JAM atas jambatan.. 
sampai sana ada cousin ,makcik2 and pakcik2 dah sampai sama cause depa dok dekat sikit .
elok2 sampai tu semua terus pi surau dulu. 
untuk solat subuh...dah solat ..semua berkumpul.
sembang2 dah tu nak kena masuk dah dalam Balai penerbangan..
mula la semua salam2 dengan parent..
semua tak mampu tahan air mata..
hahah3.. bukan aku sorang k.. kakak2 aku pon nangis jugak.si kecik Zikril pon nangis jugak.

*selit sikit status kat pesbuk~

makcik aku nangis jugak . :') so bukan aku sorang. hahha..
semua family aku ada kat situ. termasuk abang ipar aku dari Johor drive kereta malam tu lagi dah ..
terus pi ke airport. 
 dah babai prents pi masuk ke balai penerbangan tu.. semua berpakat nak sarapan..
okey kami pi sarapan kat Taman Tun Sardon,Gelugor..
sarapan kat situ memang best! SERABAI SPECIAL ada kat situ.. 
semua makanan ada kat situ.. sandwich best kat sana.. 
*teliuq aku cerita pasai makanan time posa camni..
tak mau story dah~ tak larat! 
dah lama sangat tak update blog~ 
nak bw pon tak sempat. :')
 nah nak letak gambaq2 ja~




*muka tak cukup tidur piqah ni.. hahah..
tidur pukul 3 bangun pukul 4.30 ..
\

* haliesya si kecik ni jugak ikot nak babai tokcik..

MY DAD MY HERO.. :')


*tengok signboard atas tu PERLEPASAN DOMESTIK ..untuk flight dalam negeri..
tu sebab mak aku pi KLIA dulu.. pas tu baru ke JEDDAH...




*zikril tengok mak dengan ayah lain macam ja..sedih tuu~

*airport dah bertukar wajah..luar masih gelap walau pukul 6.30..

sarapan kat sini ..sedap ~! ramai orang walau pon pagi2..


*zikril takdak mood nak makan..

 pagi2 dah makan macam2 sebab tu gemok ja aku sekarang ni. oh..menci tengok~.

semoga prents aku selamat pulang dengan selamat ke malaysia..
*rindu sangat2 dengan prents kat sana.. :)
Ya Allah.bagi lah mak ayah kat sana boleh beribadat dengan lancar sepanjang berada disana..
ameen...
dah lama tak update blog ni..sory sangat2 macam2 kena buat..
online tak boleh lama2 sangat..
tak sabar nak tunggu mak balik 6 Jun ni..
harap2 mak and ayah sampai dengan selamat..
rindu mak ayah sangat2 ♥ :'( ...
lepas mak balik aku dah fly ke kelantan pulak..
thanx coz membaca entry ni..

By :Syafiqah Othman

Thursday, May 24, 2012

Tak mampu jadi yang terbaik~

Aku tak mampu jadi yang terbaik..
berusaha menjadi yang terbaik namun tetap gagal.
kegagalan melemahkan aku..
terasa lemah untuk terus benyawa walaupun hidup ini merupakan satu anugerah..
aku bukanlah manusia tidak pernah melakukan kesilapan malah seringkali melakukan kesilapan..
kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan telah memakan diri ku~
serius aku kecewa dengan diri aku sendiri kerana tak pernah menjadi yang terbaik....
aku sedih dengan apa yang berlaku sekarang. :'(

aku kecewa sangat2 ni..

Tuesday, May 22, 2012

Cantik atau Tak Cantik? hmm.. HODOH!!

Assalamualikum.. 
dah berhari2 tak update last update pon pasai  Hari ibu .
sekarang ni busy dengan macam2 benda nak urus..
Mak ayah busy dengan persiapan nak pi umrah. yang aku dok siap2 nak masuk kolej.
sama2 busy sampai kan tak sempat nak berbelog.
hari tu dok kalut uruskan urusan bank alhamdulillah dah selesai semua.
tapi barang nak pi sambung belajar tak beli apa pon lagi..  =.="
masa ni jugak la jadi malas nak shopping..
haritu 1 hari shopping. keluaq pagi balik malam .
dok rasa beli banyak dah tapi beli makanan untuk rumah ja yang banyak. 
serius otak blank nak bawak apa tak tau pi sana nanti. 
tahap kerajinan aku memang menurun sekarang. nak buat kerja semua malas .. 
hahah..tapi bab2 melukis aku rajin la pulak.
macam2 aku conteng ada jadi ada tak jadi.
malu kalau orang2 pro tengok aku lukis. -.- *hodoh sungguhhh~ 
and sekarang tak tau nak tulis apa sebenarnya. ('',) 
nah nak tunjuk sikit yang aku lukis..

nahh~ hodoh sangat2~ yang ni first try. rasa macam pen tu mengada2 tak mau ikut aku gerak.
ni aku saja2 conteng2 bagi kat kawan aku.hodoh? *sory Onie ..time ni tak pandai buat lagi..
serius tak reti mengerti nak guna lagu mana~

*dah tu makin lama dok try jadi macam ni pulak..
yang ni scond try.. gedik buat profile picture. 

*yang ni pulak aku buat masa hari tu semua dok tukaq profile picture tu.
saja mengedik sat lukis. hee. :D
ada hari tu Encik Zie mintak tolong lukis yang laki .
aku dah cuba banyak kali dah tapi. hasil dia. orang lidi jadi la. 
sory Zie ~ :'( 
*yang ni sesaja buat. cacat wei~ aku tak reti nak buat tudung bidang 60.
sangat mengecewakan.. ;(  benci tengok. 

*doodle ni pulak.. nampak sangat kemalasan aku melukis kan? memang malas pong~
aku budak malas.. :) 
hahhahha..jangan la hampa panggil aku pemalas sat lagi jadi betui malas susah.. 
tu ja nak share dengan hampa hari ni.. 

Rajin2 komen sini ya ...

By:Syafiqah Othman



Thursday, May 17, 2012

Sambut Hari Ibu dengan mak kami~

Assalamualikum..
hari ibu hari tu kan kami kan p makan Restorent arab *pi makan pown kecoh budak ni..
hahahah.tak laa.. kami pi selebrate mak kami.. dah basi kut cerita pasai hari ibu ni? hahha..
tak pa ..apa aku kisah nak cerita jugak laa..
selalu keluaq tanpa mak ayah ..okey kali ni dengan mak okey la tu kan? walaupun ayah tak ikut.
bukan selalu dok berkumpul macam ni..
aku yang belanja depa.
Kahkahkahka3*gelak la skit. duit nak belajaq pon mak ayah tanggung ..
so bukan aku yang belanja....
kami pi 5 orang semua..
ayah aku busy so tak boleh la nak join sekali .kak aku yang sorang lagi pon ada kat Shah Alam.
dua orang la yang tak dak .
tak mau sembang lama2 nak tempek gambaq ja na.. :)

Haa..yang ni dia Mak kami... dia cikgu yang paling ohsem . 
*ahahahah..tak percaya tanya anak murid dia.setiap tahun hari guru hadiah penuh belakang kereta. 
 sayang dia sangat2 . . :)

*tunggu abang anip bubuh nasik.. :)

*berempat .sebelum tunggu . :)

*kepedasan lepas makan nasik .. :)

*ada orang kata kami kembaq betul ka??

*mereka membosankan~ tersangat bosan..

ni yang kami makan ..sedap sangat~
tapi kan nasik arab tu dia masak pakai minyak sapi..
bau lembu ..haha *aku jujuq .. 
tapi sedap la.. alhamdulillah makan kenyang sangat..
pedas pulak tu..memang best la ayam dia..
aku suka.. :D
nak habaq kedai ni ada aku ikut tips semasa memilih kedai makan  tau~
kedai dia selesa nak makan.. :) 
pelayan2 restorent ni orang arab o..jenuh nak speaking arab dengan depa..hahah
okey.tu ja nak kongsi dengan hampa2~ 
last doakan semoga mak aku sihat2 selalu panjang umur murah rezki...sentiasa diredhai Allah..
and dapat beribadat hingga ke hujung nyawa , 

*buat pengetahuan semua kami tau sambut hari ibu tu tak boleh tapi bukan saja2 nak sambut.
tu nak buat penghargaan untuk mak kami ..
dah lama tak dok berkumpul dengan parent. kesempatan tu ada kami ambik.... 


tu saja~ ASSALAMUALIKUM~


by: Syafiqah Othman


Sunday, May 13, 2012

KULLU NAFSIN ZA IKATUL MAUT


Assalamuallikum.
tak mau taip panjang2 hari ni aku just nak share sikit ja cerita dengan hampa2~
dua malam lepas anak kawan mak ayah aku meninggal..
masa tu macam besa la aku dok on9 yang ayah aku ada mesyuarat .
tiba2 ja ayah aku balik kalut2 cakap nak pi hospital..
 terkejut la napa pulak nak pi hospital malam2 macam ni..dah tu time pun dah pukul 12.
sempat gi ayah aku cerita anak Dokter Mahyun *khalid al Walid meninggal.
terkejut sangat2 coz budak tu form 2 baru.. *aku pown tak kenal sangat budak tu.
dapat tau yang dia exident naik moto dengan sorang lagi budak *muhaimin  ..tapi budak tu form 3
nak jadi jalan cerita jumaat tu pelajar sekolah menengah IBRAH boleh balik.
then si khalid ni balik lambat sikit ..dia tumpang rumah muhaimin sebab rumah muhaimin dekat dengan sekolah.
malam tu depa naik moto pi gunting rambut*opcos la tak dak lesen.. 
yang bawak moto tu Khalid
and nak jadi cerita depa keluaq dari simpang tiba2 ada kereta yang tiba2 buat pusingan U kat depan tu.
khalid meninggal kat tempat tu jugak ..
and muhaimin tu hanya patah kaki and hidung saja.
mayat dah selamat kebumi pagi sabtu ..
sama2 la kita doakan budak tu jadi Ahli syurga. *lagi pown dia tak baligh lagi.
kita doakan orang InsyaAllah sampai waktu  nanti ada jugak yang nak doakan kita.
*menyelit sikit status fb kat sini.  serius banyak berita kematian aku dengaq sekarang and mabey tu jugak peringatan untuk kita yang masih hidup ni..
 KULLU NAFSIN ZA IKATUL MAUT*setiap yang hidup pasti akan merasai mati.. 

AL-Fatihah buat adik KHALID AL-WALID

kalau ada salah tulis apa ka..sory.. tu hanya apa yang aku tau.. okey tu ja ..
Assalamualikumm~



*ni video Adik Khalid tu..boleh la nak tengok kawan2 dia yang buat..

by :Syafiqah Othman

Thursday, May 10, 2012

Semut Makan kaki! hampa ada?

Assalamualikum...
* jawab2 jangan tak jawab... 
hahahhaha..okeh! terasa segar nak cerita ..
harini Aku nak share 1 cerita dengan hampa..
story ni jadi dalam rumah aku..series aku fobia dengan SEMUT..
aku benci sangat2 dengan semut..
nak jadi cerita ..semut kat rumah aku ni semua gila2 and sangat2 la ganas..
tak tau la kat rumah hampa pown macam ni jugak..tapi yang pasti semut rumah aku betul2 gila..
kalau tak percaya cuba hampa tengok..

*baju t-shirt aku yang ada tulisan timbul2 tu.. semua dia gigit.
habis berlubang tau.. tu kena simpan elok2~tak boleh letak sat kat luar almari baju..
kalau tak habis berlubang.


*dapoq pulak.. atas meja tak boleh langsung letak makanan ..nak rapat meja kat dinding pown tak boleh.. kalau nak jugak kena letak dalam talam yang berisi Air.
*macam atas ni..so semut tak boleh masok. tu bagos kan.. :D heheh2


*dalam rumah ni jugak tak boleh bagi jatuh sikit pown makanan.. 
sebasar jari pown tak boleh..kalau jatuh jugak.nampak la berduyun2 tentera semut nak makan mangsa.. 
so kalau tak mau kena dengan tentera semut ni.. jangan bagi jatuh langsung makanan.

*nak bagi tau .. makanan yang berbungkus pon semut ni dia tebuk..
kerepek2 semua dia masuk..
kalau nak simpan jugak benda2 ni dalam rumah kena letak semua dalam tapawere la jadi..
kalau tak, tak sempat kita makan dia dah makan bersama tentera2 dia makanan kita tu.

* kadang2 nak jadi cerita dok tengok tv pon dia mai ajak tentera dia makan kaki kita.. penah jugak time malam. dok ingat nyamuk tengok2 semut.. geram gilaaaa..
memang semut2 ni gila..so rumah ni sentiasa bersih .. hah3 okey hampa tak percaya ka? mai tengok rumah kami ni.. hahha3
serius okeh~

P/S : pernah dak rumah2 hampa jadi macam ni.. kalau tak pernah tu memang semut rumah aku ni gila.. hahah..papown thanx coz sudi membaca.rajin2 la komen2 sini.boleh la kita tukar2 pendapat ... :) tak pown tinggalkan jejak anda kat fibox segak tu.. :) kita tukaq2 link.heheh.andai terkasaq bahasa sory naa. sory jugak atas sebab penggunaan aku untuk orang lagi tua..hee. memandangkan dah nak tengah malam ni.. sampai sini ja kot nak share cerita ni dengan hampa.. :) okey babai~ Assalamualikumm.. :D

By :Syafiqah Othman


Wednesday, May 09, 2012

Ini Terbaik Untuk Ku~

Assalamualikumm..
serius tak ada mood nak update lepas keluar result upu~
keciwaaaa gilaaa niii~* takdapat UPU.tapi apa kan daya  nak keciwa lama2 buat apa ~
takdak kebaikan pon.~ 
dah tu sebelum ni .. dah janji dengan ayah..
kalau takdapat upu nak pi mana.. ayah cakap masuk KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM(KTD).
tapi serius aku tak pernah nak pi situ..
aku sanggup masuk fom 6 dari pi kolej tu..
serius aku takmau sangat2 masuk situ. 
harapan mak ayah nak aku masuk situ.. okey fineee~ aku pi sana...
nak cerita ..course yang aku minat takdak..
okey fine redha ibu bapa tu boleh buat kita berjaya walau apa yang kita ambik..
aku pasrah ni.. masuk KTD belajaq pandai2 pastu pi belajaq mana yang aku suka.
mabey tempat ni terbaik untuk aku .. 


*surat tawaran dah dapat. :( huuuuu~ sedihhhhhh!~
aku perlukan doa hampa semua .. nak pi belajaq jauh2 takut tak boleh nak follow.
macam2 lagi dalam otak aku..doakan yang terbaik tauu~
Alhamdulillah ramai jugak kawan2 masuk situ. :)
okey tunggu nak jumpa depa..
lepas ni kecek kelate pulak ~ haiyaa!!


P/S: thankyuu na baca blog ceq.. okey  memerlukan doa semua orang. serius takut kalau silap pilih ..gelap la masa depan nanti. :( nak masok fom 6 tapi awat tak tau ayah tak bagi .. =.= " huu..doakan naa. :) rajin2 komen la ini blog.heh.. . kot sapa2 ada cadangan nak promote ceq belajaq kat mana2 boleh pi belajaq sana pulak. ~ tak pown boleh la kita tukaq2 pendapat... :) papown thanx sekali lagi.. :) Assalamualikum~


By : Syafiqah Othman

Wednesday, May 02, 2012

Hati2 semasa pilih tempat Makan~...

Assalamualikum...
hari ni nak jamu hampa makan donat nah ambik!
hahha,, okey~ cuba teka dalam donat tu ada apa?? 
ada kaboi.
tau dak kaboi tu apa?kaboi tu kumbang ..geli tak? tu respi penyedap rasa tauu,...
hahha3 sebenarnya ni gambaq donat kantin sekolah mak aku..hampa teringin dak kalau aku bagi free~ hahahah..jujuq semua orang tak mau kann?? kan ??
ada sorang  murid SEKOLAH KABANGSAAN tutt tuutttt~ nama terpaksa di rahsiakan.. kahkahkah
budak tu mai mengadu kat mak aku..
 tunjuk dan sambil cerita .. dia dah gigit badan kumbang tuu,..
wuerk2~ aku dengaq pon nak muntah.. yang mak aku dengan pantas sempat lagi ambik gambaq nak pi buat aduan dekat kantin sekolah..  geli kan~
serius aku dah tak lalu nak makan donat lepas tengok gambaq tu..


kesimpulanya  tak payah beli makanan luaq!! hahaha..tak la.. kalau tak beli makanan luaq susah jugak kan..
orang dok bukak kedai tu untuk sapa..untuk kita jugak..
tapi lebih baik kita hati2 pilih makanan yang dekat kedai...
tengok dari pelbagai aspek kedai tu kalau tak mau dapat kumbang ,cicak, lipas and apa2 la yang kita tak duga . tak pon kita boleh cirit birit sebab kelalaian kita sendiri ..betol tak?
senang kata paling simple hampa pi kedai cuba ikut buat macam bawah ni.. --> 

  • cuba tengok keadaan kedai tu luaran dia macam mana...kalau sampah bertimbun2 lalat pon manyakkk.tolong la buangkan sampah2 tu..
  •  bila dah masuk kedai tu cuba perhati tengok tukang masak and pekerja dia macam mana.. kalau yang dok masak tu pown baju tidak pakai  ..tolong pakaikan dia baju..
  • selain itu tengok jugak dapur tu  bersih ka tidak..kalau tak bersih .. tolong bersihkan ..   
sanggup makan dengan dapur kedai macam niii>??? gambaq dari inchik gogal~
 
kalau kedai ada tanda2 pengotoq macam atas tu cari ja kedai lain..kedai makan bukan 1 yang nak makan kat kedai kotor2 tu pasai pa kann ? kalau tak ada sangat balik rumah masak sendiri ..

senang kata elok lagi kita makan apa yang ada kat rumah  ..btol dak? haha3~
pikiaq2 la..Assalamualikumm~

P/S:thanx coz mebaca blog ni.anda dipersilakan comment2 cerita pengalaman anda..tak pown cadangan anda. :) heheh2.. sambil tu boleh la kita saling tukar2 pendapat.sebarang ketidak puasan hatian boleh la cakap2 kat sini. andai tersalah cakap sory naa.. ..tatatititutuuuu~ 

by:Syafiqah Othman