Friday, April 14, 2017

kawan bila exam

Assalamualaikum.

menyampah dengan orang yang acah acah busy study (kononya banyak keja assignment and so on) yang tak boleh balas whatsapp/group tapi update instagram pi berjimba sana pi berjimba sini dengan geng geng dia. hahaha. sangat menyampah. dan bila nak exam (biasa lecturer kasi tips) tapi dia tak menyalin (spesis nak mengharapkan orang je) dan minta dekat kita pulak..  hai mana kawan awak ramai ramai yang seronok sangatt pegi cinema apa semua tu? bila seronok seronok awak cari depa bila sedih sedih a.k.a susah hati cari aku? gi ah cari deorang pegi berjimba lagi okay?

paling tak boleh blah. nak bodek kita mintak ber"sayang sayang" "syafiqah sayang" "syafiqah cantik" helo. ingat aku budak kecik ke suka dengar benda macam tu. nampak beno susah baru carik. ke nak mintak tips exam sampai kena ambik hati dulu. tak perlu kot tak comel pun minta benda dengan orang sambil cakap comel lah apa bagai.. ni spesis perempuan yang kawan dengan orang semua atas kepentingan ah ni. nasib lah tak rasa terbuka hati nak jadikan bestfriend. konon nya "bestfriend" tapi bestfriend masa susah..

tak salah bila sedih kau datang jumpa aku mengadu mengadu, tak salah pun. mesti orang akan cakap sekurang kurangnya orang tu cari kita lagi masa susah masih lagi dia percaya kita ada dengan dia masa susah tapi tak rasa ka kadang benda tu macam tak patut awak sendiri buat. bila susah cari bila senang tinggal. bila susah cari bila senang tinggal, bila susah cari bila senang tinggal, ulang lah sampai kiamat pun. no one boleh sabar benda gitu. tak kisah kalau kau betul betul sibuk. tapi tak sibuk pun tu sampai ignore kita then masa susah carik.  boleh ka macam tu?

nasib masuk sini sebatang kara dan dah terfikir taknak langsung ada bestfriend ka apa. macam pelik tapi itu lah hakikat pengalaman mematangkan kita. Hahahah orang gini nak tolong pun rasa tak ikhlas. kalau tak kasi cakap jahat kalau kasi tak ikhlas. agak kejam kan bila kita buat perangai kedekut bila orang mintak tips tapi lagi kejam awak mintak bantuan kita yang biasa biasa ni tapi tak mintak bantuan kawan kawan berjimba awak tuu. kan kawan mestilah senang susah bersama. kawan macam tu masih lagi dipanggil kawan dunia akhirat. yang kita asyik menolong masa susah tu mendapeee kawan dunia marikh?

eeerr. dan sekarang rasa bersalah sebab dah ignore orang macam tu. (dasar syafiqah tak reti jahat) tengok lah malam karang dah tenang sikit kita fikir fikirkan nak hantar tips tak ke budak nya tu.


Wednesday, April 12, 2017

6 bulan

Assalamualaikum..

6 bulan seperti yang dijanjikan hanya berbaki beberapa hari je lagi.. orang cakap pejam celik pejam celik cepat je masa tu. Tapi tak juga bagi aku, entah macam mana yang terpaksa tunggu bertahun tahun tu. kuatnya korang. 😂 siang malam tunggu mengira hari harapkan masa tu sepantas kilat dah. hahaha Rasa sangat lah eksited dah macam 6 tahun menunggu . tapi okay lah menguji kesabaran untuk menunggu pun ada bagusnya juga. Baru reti menghargai kelak. kalau tak menghargai masa bersama juga lepas ni tak tau lah. hahaha.

macam macam nak cerita nanti. 6 bulan satu masa yang sekejap bunyinya tapi satu masa yang lama sangat haa bagi orang yang macam aku yang sedang menuggu ni. Lepas ni jangan harap nak kasi jauh jauh lagi dah. Susah, susah. susah tahan rindu hahaha  tapi orang cakap bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian kan.  okay lah kita dah pernah tempuhi susah tu. harap sangat senang senang kita berpanjangan sampai bila bila Hahaha 

dan sebenarnya sekarang tengah final exam. fikir nak habis cepat cepat je ni. macam sekarang ni sibuk nak habiskan paper sebab nak cepatkan masa tapi tak sedar banyak lagi tu saki baki tak study nak taruk mana. hahaha susah jugak gini . banyak benda nak mengadu nanti karang. tapi rasa nanti terus dah lupa nak cakap apa tu. sejenis yang bila depan mata dia lupa habis. bila jauh jauh macam fikir nak cakap. mohon nanti ada yang sudi tadah telinga dengar kita beletir, hahaha 6 bulan tu dah cukup rindu kan. hahahaha


okay lagi. hahaha 3 paper je lagi dan kurang dari 10 hari je. doakan sayaa ~ aja aja fightingg~~!!