Thursday, January 05, 2017

Ceritanya

pernah tak rasa macam nak cerita banyak benda .
dan apa yang kau nak ialah orang tu boleh dengar dan diam lepas dengar apa yang kau cakap.
dann dia takkan pernah mengungkit lagi cerita kau.
habis kurang kalau kau nak dia nasihatkan dia boleh nasihat sikit2 macam tu,

masing masing ada cerita sendiri kan.
hidup dah 20an tak sah kalau tak nampak lagi jalan cerita hidup tu kan..
tak sah lah kalau tak banyak liku liku hidup tu.
dan tak kurang juga pengalaman dengan kawan kawan .
ada itu ada ini.
ada boleh dikongsi cerita ada yang kita hanya diamkan saja.

belum tahapnya lagi nak dicerita,
ceritanya rindu orang yang boleh kita luah pasal rutin harian yang memenatkan.
boleh tahan penat juga sem ni. tak penat fizikal cuma penat mental.
banyak berfikir mungkin.
sem lepas memang penat keduaduanya. penat kaki pusing satu kolej sebab kelas berterabo.
sem ni lain pula.

betul lah level tu dah lain. naik satu takat lagi susah.
sabarkan hati, otak , badan semua . nak cakap letih tu Tuhan ja tahu..
demam pun boleh tahan nak berlumba sapa lagi banyak kali bagi sumbangan. hm.

sem lepas tak rasa berat sangat walaupun letih nak mati.
sebab aku banyak luah dekat orang.
sem ni lah berat sikit. banyak pendam. tak rasa orang boleh simpan cerita aku.
lagi lagi pasal hati. dari dulu kan tak sudah cerita hati.

hati dengan kawan pun satu hal.
kesiankan hati kawan dagangkan hari sendiri.
hahaha tak pernah dibuat orang seorang syafiqah yang pasif tetiba jadinya aktif tahu,.
lama dah tinggal dunia aktif matif ni. dan syafiqah seorang yang pasif.
memang takda perkataan aktif dah bagi syafiqah sejak diploma hahaha dan jawatan jawatan jauhlah sekali panggang dari api.

tak tahu lah apa masalah aku kesiankan orang , aku tolong orang tapi aku tak rela menolong. hahaha syafiqah sangat lah masalah.. aku cuba okay. tapi serious itu semua bukan jiwa seorang syafiqah untuk ber organisasi. bertabahlah syafiqah. lain kita mintak lain yang jadi.
lagi diminta jauh lagi lah mendekat.

doa doakan aku ikhlas. doa doakan aku rela dalam paksa rela.
adios amigos, Assalamualaikum :)