Wednesday, December 16, 2015

Kalau boleh

kalau boleh..
Nak dikoyak perasaan
Nak dilempar hati
Nak dicampak fikiran
Nak dibaling dendam...
Nak dilipat lipat segala bak kertas,
Biar jadi kapal terbang.
Biar terbang dibawa angin.
Tak kembali.
Hilang dari pandang mata.
Hilang jua dari jiwa.
Bebas.
Lega.
Sebab aku perempuan.
Bnyak berfikir.
Yang kecil dirumit rumit.
Yang besar dibesar besar .

Oh ya lupa; apa guna lelaki.
Berfikiran waras.
Penyelesai masalah.
Penenang saat bicara.
Pelindung berteduh.

Okayy. Jangan lupa. (:

Thursday, December 10, 2015

Rungut dan Syukur


Jatuh bangun kehidupan.
Cuma ada dua..
Antara syukur saat kau jatuh..
Atau.
Rungut saat kau jatuh.
Itu pilihan.
Butang syukur kau petik.
Kau belajar mehnah dan hikmah sebalik luka.
Butang rungut kau petik.
Kau belajar duka dan dendam raksa dalam jiwa.

Cuma perlu diingat.
Tiada kehidupan jika cuma gembira.--
Tiada dunia jika cuma gembira
Kau genggam erat syukur;
Takda luka kau simpan.

Moga jatuh diulit syukur punya ganjaran ..
Kerana DIA tahu segala.

Sunday, December 06, 2015

Al-Fatihah

Tua muda miskin kaya
tak kira darjat
tak kira pangkat
tak kira umur
Dia ambil pergi..
itu peringatan.
belum terasa?
tak apa belum terkena.
tunggu esok..
esok masa kita.
baru tahu sebaik teguran ialah kematian.

alfatihah buat yang telah pergi.
alfatihah buat diri lalai.
ingat mati
tak rugi.

Friday, December 04, 2015

Harapan


pengharapan..
diletak tinggi tinggi
jatuh.
sakit hati.
berkecai..
salah si terlalu mengharap?
atau salah siberi harapan?
gembira gembira kita
tuhan uji.
jangan lupa diri.