Wednesday, December 16, 2015

Kalau boleh

kalau boleh..
Nak dikoyak perasaan
Nak dilempar hati
Nak dicampak fikiran
Nak dibaling dendam...
Nak dilipat lipat segala bak kertas,
Biar jadi kapal terbang.
Biar terbang dibawa angin.
Tak kembali.
Hilang dari pandang mata.
Hilang jua dari jiwa.
Bebas.
Lega.
Sebab aku perempuan.
Bnyak berfikir.
Yang kecil dirumit rumit.
Yang besar dibesar besar .

Oh ya lupa; apa guna lelaki.
Berfikiran waras.
Penyelesai masalah.
Penenang saat bicara.
Pelindung berteduh.

Okayy. Jangan lupa. (:

Thursday, December 10, 2015

Rungut dan Syukur


Jatuh bangun kehidupan.
Cuma ada dua..
Antara syukur saat kau jatuh..
Atau.
Rungut saat kau jatuh.
Itu pilihan.
Butang syukur kau petik.
Kau belajar mehnah dan hikmah sebalik luka.
Butang rungut kau petik.
Kau belajar duka dan dendam raksa dalam jiwa.

Cuma perlu diingat.
Tiada kehidupan jika cuma gembira.--
Tiada dunia jika cuma gembira
Kau genggam erat syukur;
Takda luka kau simpan.

Moga jatuh diulit syukur punya ganjaran ..
Kerana DIA tahu segala.

Sunday, December 06, 2015

Al-Fatihah

Tua muda miskin kaya
tak kira darjat
tak kira pangkat
tak kira umur
Dia ambil pergi..
itu peringatan.
belum terasa?
tak apa belum terkena.
tunggu esok..
esok masa kita.
baru tahu sebaik teguran ialah kematian.

alfatihah buat yang telah pergi.
alfatihah buat diri lalai.
ingat mati
tak rugi.

Friday, December 04, 2015

Harapan


pengharapan..
diletak tinggi tinggi
jatuh.
sakit hati.
berkecai..
salah si terlalu mengharap?
atau salah siberi harapan?
gembira gembira kita
tuhan uji.
jangan lupa diri.

Saturday, October 24, 2015

Hii :)
hari hari yang agak sibuk berlalu dan bakal berlalu..
jadinya cakap nak update selalu tapi tak terupdate juga.
what a hetic weeks.
nak siapkan macam macam tapi tak tersiap.
haih mamang tak boleh pakai .hihi *sorry
oh ya.. convocation day tak berapa hari dahh. hehehe..
"congratulation and jubilation i want the world to know i'm happy as can beeeee"
nyanyi gaya lagu cliff Richard kau. muahahahaha
sangatlah excited em em. tapi risau pun ada.
dah lah tak tau benda selambe tak pegi raptai.
nanti terketo sorang2 atas tu camana.
ohh tolong lah. jangan buat perangai kang memalukan pulak.
hahahha ohh bencinya
btw wish me luck! XOXO

dan dann.. lepas konvo dah boleh urus visa (patutnya dah siap tapi hahahaha )
kita dahulukan apa yang didepan dulu. kejap ja kan uruskan visa? hihi byebye

Thursday, October 08, 2015

Harris J ?

Hai..
Harris J? maigaddd! harris J kot..

geeeez.. apa pandang2 saya.   *nehh

Dihujani harris j di timeline twitter yaw! terfall in love jap dengan suara ala ala justin bieber tu.
magossh. tapi ni islamic version beeb! dah lah aku pernah jadi belieber dulu. dulu lahh. Zaman tok nadok dulu.. hok mana belieber tegaq nu nah lah boleh dah bertukaq arah. takdak lah yang tersasar dengan maksud yang tah papa tu. aduu. pagi petang gua pun dihujani suara harris j. 
pergghhh pengakuan berani mati ah.
aku suka ter fall in love jap dengan suara dia * love eye emoji*
kihkihkih

tapi adik adik kot kau.
kang orang tanya krash kau umoq berapa?
umoq 17 ha marah marahh~! 
hahahahah aiyo lepas satu satu.
ingat lagi pernah fenomena dengan nama hamood. hahahaahha
tipu lah mana2 tak penah dengaq lagu dia yang dok "laa laaa laaaaaa" tu kann?
even budak kecik 5 tahun pun dok nyanyi lagu bahasa arab. tak ka heran.. hang dulu darjah 4-5 pun nak cakap bahasa arab gagap. tapi puak ni. nyanyi siap slang arab fiau fiau kot. dasar budak budak, kang besaq ni tak reti baca quran ni memang jaga! . aku puk sorang sorang. 
*aih nak cakap pasal harris j termasuk pasal hamood pulek . hee. 

balik pasal harris J.. awww..
meh sini meh.. meh dengaq lagu mehh,
ni antara yang aku suka lah...sebab maksud kena dengan situasi aku.. aku suka... selebih nyaa suka juga. tapi taknak tarok sini..
p cari sendiri ah youtube sana ada. kahkhakhak

 Promise//Harris J 

You are my life // Harris J 


Suka aku kejap ja ni. ni haa dengaq tetiap hari kang bosan tak dengaq dah lah.
hahahahaha okay itu saja peace yaw! harris j k l m o p q r s t u v w x y z..
*clappp *clappp byee. hihihi . 

Sunday, October 04, 2015

neww bie ? oh hye!


Hai semua :) 
hihi dah lama tak bercerita dalam ni. dah lama juga tak mesra alam lol.
hahahahaha !
Kadang rasa nak berenti tulis blog, nak tutup terus blog
kadang ada juga sayang haihh. Padahal ada blog pun macam nak tak nak ja layan. 
kesian kau eh blog.zaman dulu boleh lah nak meluah apa dalam ni, tak banyak tempat nak meluah.
sekarang toksah cerita lah instagram, twitter  lagi.. 

Jadi anak tirikan pulak si blog ni. 
anak tiri pun takda galang ganti,  sayang lebih yedok? 
hahaha. itu lah blog ni banyak ku simpan kenangan dalam nyaa.
dari mula kenal dunia maya, kenal pahit manis kehidupan setia betul^^.
haihhhhh. dalam hati berkarang nak cakap apa mai depan depan beku kau eh .. 

start post ni.. ingat nak jadikan blog ni macam dulu balik, tapi takut tak terbuat.
harap menjadi lah .. tapi baca baca balik apa ke benda aku tulis dulu lawak cam pa lagi dah.
malu pun ada *gali tanah kamboih muka dalam tanah woi. 
rasa nak delete tapi fikir balik biar lah kau aman disana
*baling bunga*

nak letak chat box balik tapi takut tak kuat nak blogwalking macam dulu.
jadi stay dulu camginih kan. Apa apahal do comment duh. nanti ada masa gua melawat balik ah..
gila ayat wa dah macam nak gadoh dah kenapa dohh. kahkhakha
kahak wey gelak camtuh.
okey lah tak lari syafiqah othman dulu dengan sekarang. 
perangai lebih kurang.. cakap melalut. slow melow lah kan. cakap ja kasau tapi hati gua lu apa tau.

mihmihmih. *konon gelak comei ah ni bunyi kucing ninja boy kunun.
baideway. saya dah nak konvooo!!.
ohhh yeksited mak dik non oi. masa awal dulu nak masuk belajaq dilema macam hapa mengadu dalam blog ni jugak en. so skrg dah habis belajo. makasih dulu kawan , kakak n abang2 alah kawan dalam blog ni kan doakan yang terbaik untuk kiteee. kekeke. muahh semua! tapi itu lah lost kontek semua nya. i do miss y'all :') 

start awal dulu. ramai yang tunjuk ajaq how to used blog ni. ohhhh tak terhingga pengorbanan mu pukul 2-3 pagi still bersengkang mata ajaq letak nuffnag dalam blog. hahahaha itu lah yang aku ingat pun . sebab blog ni apa khai susah beno nak handle dulu nya. ka aku yang tak reti tapi memang gua rindu senpai sempoi blogger sekalian alam oi.
sunyi wa punya blog lu apa tau. 

haiii. panjang juga dah tera takdak benda nak cakap tu. ayiook syafiqah kan. ~~'
tau ramai kawan kawan follower tak aktif macam dulu, jadi sapa yang masih aktif pleasee! keep sentuh hati saya macam dulu balik. kahkahkahhhh. tak lah sebenonyeee nak cakap. ayuh lah keep intouch balik macam dulu geng. follower ramai saja senyap dah semua. ka lama sangat mendiam sampai tak sedaq dah seribu tahun berlalu? dengg. 
gila nak oi lama-lama pegang keyboard. heh! 

okey dah malam pun larut sangat dah. adios amigos. 
 musim jerebu kan, jangan lupa minum ayaq kosong banyak . badan sehat otak cergas diknon! 
nd malem! xoxo

Friday, October 02, 2015

Cermin Hati

Tak banyak beza dia dan aku.
rupa : dia manis (manis dia aku suka) berlawanan aku
perwatakan : yang beza mungkin dia sedikit garang aku lebihnya garang.
tapi pandang dia aku nampak cerminan aku.
banyak sama aku dan dia.
sekali dia mengadu tentang kehidupan.
seakan sama dan mirip jalan ceritanya.
keluarganya orang hebat hebat.
bercakap tentang tuhan tersentuh hati.
dimata aku kami serupa.
apa yang dilalui nya dia, aku juga pernah lalui.
masalah keliling pingang , aku juga pernah rasa yang sama dahulu.
dia mengadukan benda yang sama.
aku tak pandai nak nasihatkan apa sebab aku pun sama..
cuma kata kata semangat yang nak aku dengar saat aku jatuh dulunya..aku katakan pada dia.
terima kasih atas soalan yang kadang nya umpama aku bercakap depan cermin.
sekali aku balas apa yang dia soalkan terasa aku menjawab apa yang terbuku dalam hati 
cermin betul^^


p/s : Fighting nusai fightingg~!!










Tuesday, September 08, 2015

Mimpi

Datang kau dalam mimpi .
bawa khabar gembira dari haramain
yang kau dah selamat sampai,
walau dalam mimpi dah memadai.
biar mimpi mainan tidur.
moga selamat semuanya.
aku tunggu kau pulang.
bawa sekeping hati yang telah gilap..
biar lampau kita gelap jangan masa depan kita yang gelap.
aku tunggu.
aku rindu.

bersama ibunda - Quba mosque (Haramain 2014-2015) 

Wednesday, September 02, 2015

Sepatah

Dah usang. 
Usang dengan kata kata.
Nak ucap sepatah,
Cuma tak terucap.
"hey!"
Ya hey cuma hey .
Hey sudah.

Friday, April 10, 2015

Sendiri

Masa untuk berjalan sendiri ,
Tak usah dikejar,
tak usah mengejar,
Ini masanya mencari erti diri,
mencari erti sekeping hati,



Tuesday, March 24, 2015

Motif?


Maaf menduakan kau ya wahai blog .. sekali lagi ku kurangkan bercerita.ya mungkin dulu sekerap-kerapnya. mungkin sekarang tak banyak cerita. simpan pendam itu lebih berharga mungkin. tak perlu semua benda nak diheboh bukan semua manusia suka. Terfikir blog aku aku punya suka. ikut suka aku apa saja nak ku heboh. HAHAHA tergelak saja besar hati menangis. Jujur tak pandai aku buat orang turut simpati, tapi sebenarnya hati aku juga menangis rindu. Menduakan kau sakit juga hati, tak dapat nak luah apa yang disimpan, takpa nanti kan ku ceritakan Hari-hari yang dapat buat kau tersenyum simpul seorang.. kerana aku yakin kau turut gembira saat aku juga gembira.*apa macam kalau blog senyum haha. kbai





frankly speaking ya bila sesuatu nak dilontarkan..tetapi.kerengkongg pula disumbat air sabun. telan pelahan turun segala kata..perit . kerongkong itu sakit...gila itulah perumpamaan cinta aku dan kau wahai siblog.. awww peritnya untuk menjadi seorang SAYA..melugai kepala untuk itu. cuba lari jauh.namun kaki pendek mungkin tersembam eh dah pun tersembam,, sakit. sakit jugak lagi hati. ohya. pada yang berbesar hati yang tadah tilam saataku #jatuhhampirmati itu. terima kasih untuk menjadi dipihak aku. Yang pelik itu hanya aku kerana hanya aku yang merasa perit..



Penat bukan membaca,


ya yang penat itu aku. penat menelan kata-kata sendiri. dibuka mulut pecah bibir.Diam kerana diam ku kau bahagia. si blog yang kacak.. terima kasih mendengar setiap luahan, carutan,.terima kasih untuk menjadi pendengar. terima kasih untuk sentiasa ada saat duka dan gembira. Kadang terfikir juga, andai kau seorang Lelaki. ku pinangkan kau untuk menjadi suami ku, tak banyak bunyi. apa yang di kata , kau dengarkan saja mulut ini celoteh. rindu kau.. tak apalah mungkin kita berjodoh didunia lain(azam taknak kalah) :O



Berangan, kononnya mimpi sampai bintang.. tak sangka tengah terlentang kahkah. kbai.. makin lama mengarut makin kelaut aku rasa. ada aku kisah kau kisah? hahaha eh. pahal melaut gila ni. tah apa motif. blog aku ikut suka aku. *kisah pulak kan, ehhh tak boleh berhenti pulak menaip. tangan laju konon.. kononyaa..  Pui :P

#Posttakdakmotif
#yangmengarutakubukankau





Wednesday, March 18, 2015

Ya dan tidak


rasa dekat
makin kuat rasa hati,
mungkin ya
mungkin tidak

tak apa
andai ya
aku terima
andai tidak
aku perlu terima

siapa aku,
mahu tolak qada' qadar

andai ya permudahkan aku.
Allahumma aamin.
Allahumma aamin.

Tuesday, February 24, 2015

Bila abang yang...

hai.

Tak berapa hari dah nak balik kelantan. yeay! yang nay nyaa  Slide, project, report dan buku log mana siap lagi. muahahaha nak HOHAA macam manaa. . Takpaa Keep calm and cry mihmih Nak jadi ceritaa....

Dua hari lepas. Tengah belek-belek blog .. Buka website Firefly pulak book tiket balik kelantan. . Dah siap semua tinggal kejap atas meja. Tak pangkah pulak tab atas tu. Firefly dan blog. tolong-tolong mak masak nak makan tengah hari. Habis masak niat nak sambung hupdate blog tetibaaa

huaaaa abang tengah selongkaq blog. Tak sukanyaaa hahaha :( even dulu kakak aku sorang ada jugak blog tapi takda aa kakak aku bercerita balik dekat mak ayah aku apa-apa. Ni siap cakap kuat-kuat nak bagi satu rumah tauu, huaaa..Cepat2 tarik ...dia sempat baca petua hilangkan batuk sahajaa .. Nasib tak sempat baca papa yang aku tengah meraban  Hahahahaaa. Sobsobbb..

Cepat-cepat simpan laptop dalam bilik.. tetibaa..

Tak toleh belakang masuk bilik terus. Banyak mana dia dah baca?bukan satu saja ka dia sempat baca..




Tuesday, February 17, 2015

Petua Hilangkan Batuk.

       Lepas balik dari umrah hari tu batuk on off. Dekat rumah pulak boleh kata seisinya silih berganti. uhukk T_T baru okay seminggu jadi balik 2-3 minggu. Bila batuk semestinya lah tidur terganggu kan.. Tambah2 pukul 2/3 pagi tu. mesti terbangun. Jadi nak tidur memang tak boleh sebab batuk-batukkan. Boleh kira setiap malam mesti terbangun. *Dia nak suruh bangun thajud gamaknya. sobss. Lagi lagi mengganggu bila esoknya tu kena ke kerjaaa. Macam mana nak fokus kalau malamnya tidur tak menentu.

Nak dijadikan ceritaa. Keesokan harinyaa. Dalam office Batuk mengilai-gilai tetiba dalam office. Batuk yaaamat batukk.. Memang sampai ayaq mata tuu berderau keluaq.Muahahaha, memang sakitnya tuhh disini lah *tepuk dada. Dah bila agak tenang sikit. lebih kurang 10 minit bertarung batuk akhirnya dia berhenti. Alhamdulillah..Kakak office muka dia macam kesiankan saya tapi tak boleh tolong apa. hahahaha. Dannn dia kata nanti balik pakai petua ni. InsyaAllah berkesan..

Mudah saja.. 
  1. Kicap dua sudu (Kalau saya pakai kicap kipas udang manis)
  2. Limau nipis/kasturi.
+

*campur dua-dua agak dah sebati makan sikit-sikit. Boleh lah makan bila rasa perlu..

Alhamdulillah saya makan menjadi. ..memandangkan batuk saya yang on off . Bila rasa nak batuk balik buat Kicap dan Limau. First dengar "Allah apa ni.. takkan nak makan kicap dengan limau macam pelikss .. Tapi bila makan sidappp!"Alaa boleh laa lalu tekak .. So for those yang batuk-batuk. do try okey! selawat sikit nak makan tu..macam ramai dah tau petua ni tapi saya nak share jugaa. Mana tau ada yang macam saya. Tak tahu menahu petua ni. hihi Kalau dah try tak sembuh sepenuhnya sembuh sekejap jadi lah. Yang penting ikhtiar. :b 

#gamborInsanGugel
#Sayabatuk
#sambungKeja

Tuesday, January 27, 2015

Sejuta Sayang

hewhewhew..

Hai..
Sedar tak anda, ramai yang sayang kita? muahahaha LOL soalan  ..Perasan tak lately bersepah status kau curang aku aku curang kau, kau tingal aku aku tingal engkau, kau cerai aku aku cerai kau? *lagi apa? k macam-macam lagi lah. Lepas satu-satu naik dekat home tu.. Kita baca jer. *winkwink (; "Eh sekarang musim cerai berai kee?" muahaha terasa ha hambik lah. kahkah bergurau sajee. Bersimpati saya tengok hadik-hadik hakak-hakak. 

Ada pula yang jenis "Apa!! , Taknak dengan haku?k fine aku bunuh diri" oloh adik kakak.. Apa pasal laa macam tu..Dah lama hidup ke nak mati-mati ni. Seriau saya cakap mati-mati ni *takut oi amalan tak banyak .. Nak hitung apa. Mati bunuh diri? Neraka dekk.. haa. taktau lah apa tujuan engkau hupdate bunuh-bunuh tuu.. Kau nak raih simpati dengan si dia? dia langsung tak kisah beb~ 

 Contoh hilang sorang dah takda yang lain --'
Be strong dan teruskan lah hidup..Ramai lagi apa yang sayang kita.. Satu kau hilang beribu sayang kau. tak caya tanya Mak Ayah. sayang kau ke tak? kalau dia cakap tak sayang patut lah kau mati. k melawak. muahahaa. bergurau wey.. tak laa. Mak ayah mana tak sayang anak, ye idok? . kekeke, Tapi percaya laah. Dalam berjuta beribu manusia. takkan tak da yang sayang kan hengkoo?

Sudah-sudah lah sedih tu. Lama-lama kau sedih, takda pun yang simpati *kang ada pulak mulut busuk yang cakap "PADAN MUKA KAU KENA TINGGAL, SAPA SURUH KAPEL, SAPA SURUH KAU KAHWIN , Dengan si tua tu pulak, dengan si muka pecah pun kau nak!!". Mesti benci gila mulut busuk ni kan?Ramai pulak mulut-mulut tu.. Sooo baik kau Muveeon aje. Tak payah stress..We don't need wings to fly lah gegel. ramai lagi yang tunggu kau tuuu. Tak caya cuba tengok ceermin. Dah dah g bersiap lekas. Kasi cantik-cantik.. kekeke 

 Hidup  ni tak lama,buat apa kita bersedih. :)
#sambungKerja

Wednesday, January 21, 2015

Masalah awak, masalah saya :)

Pagi tadi kawan ada datang Cerita masalah dia (dalam kepala pikir, masalah kita tak habis, nak tambah masalah dia kita kena pikir) *tsktskk. tapi tak cakap la dekat dia. Dengar juga sampai habis pastu dengaq-dengaq.. Dia minta nasihat mintak pendapat.. Tengok balik pada masalah dia, keadaan dia sekarang memang tak boleh salah sapa. Macam hang salah aku . aku salah hang tak boleh macam tu. kita nak cakap lebih kita tak tau sangat apa-apa .. tetiba ja mulut laju cakap
"Positive dengan Allah. Kalau kita redha insyaAllah baik2 saja.. Kalau tak boleh sangat banyak-banyak berdoa. Minta tuhan ganti hati baru .. Tuhan ni bila kita doa bukan dia tak bagi, cuma lambat atau cepat. ataupun tuhan gantikan dengan yang lebih baik. "

Dan lepas saya cakap tu macam kedebush dekat batang hidung sendiri..Mungkin Saya pun lupa Tuhan sebaik-baik perancang.Uji kita nak kita dekat dengan dia. Selesai juga satu masalah saya. :)

Tuesday, January 20, 2015

Next page please

what a tough day -- haih mengeluh mengeluh Allah.  Nak cerita macam-macam yang keluar sepatah. Orang kata simpan lagi baik but i feel like : stress nak mati bila saya simpan sorangg.. Tahap HENTUK pala dekat meja pun dah tak rasa apa .. u know wht,, last night Saya stress saya hentam orang 2x ganda teruk dari hari biasa saya hentam orang. banyak benda saya fikir. i scold orang tuu. i cakap apa. i tak ingat tapi suara agak tinggi la. then dia letak phone. ... i feel bad. :'( saya call .. no answer.. . bad syafiqah iz bad .. after i done baru i sedar .*macam dah too late nak apologize. and wht should i du? i feel like i'm too much. yup so sory hmm  almost 2 week saya demam, batuk, selsema *andd saya takda asthma tapi sekarang rasa breathless sangat. Macam orang asthma saya rasa .. Dan sekarang saya tengah prictical. Ada project nak kena siapkan , ada propsal nak kena hantar. bertambah banyak bila haritu saya ke umrah dalam 2 minggu dan semua kerja untuk 2 minggu tu saya kena habiskan dalam 3 hari TT__TT  Stress what? T__T  bila cerita2 dekat orang semua benda ni they said "alasan la awak" tau tak stress tu macam mana bila u dipush with your company, your collage, dan dengan diri u sendiri pun tak satel.. someone be my ear ! sobssobs. Pernah rasa tak stress sampai awak tak mampu buat apa-apa selain menagis. Hard feeling. Dan harini rasa kuat nak cerita. Saya simpan saya sakit.tapi saya tak tahu dengan siapa saya nak kongsi.Penat sangat.. feel like takda sapa bela perasaan kita. Sobs sobss :(   


#sambungKeja