Monday, August 04, 2014

Asalkan kau tahu pulang..

Bila sedih..
Tulis tentang hati yang sakit..
Bila insaf..
Mula tulis pasal baiknya tuhan.
Agak-agaklah ada tak yang menyampah pandang orang yang kerap rapuh?

Bagi aku :  senang..
Tak kira berapa kali kau rapuh ..
Berapa kali kau jatuh..
Yang penting macam mana kau mula ingat Tuhan saat kau jatuh.
Tu dah cukup. Kita manusia.
Iman senipis kulit bawang.
Nipis..
Tak kisah kau jatuh, kau rapuh..
Asal kau tahu pulang..