Thursday, August 07, 2014

Aku minta lalu..

Aku memang begini..
Biarlah dikata aku keras kepala.
Biarlah nak kata aku ikutkan kepala.
Biarlah nak mengata yang aku kepala bata.
Bukan aku tak nak percaya.
Tapi aku malas nak percaya.
Pernah dulu matian aku percaya.
Bila tak sependapat.
Apa yang dapat?
Kau tikam aku rapat-rapat!
Aku bukan yang dulu..
Senang diheret kehilir kehulu..
Sekarang beri aku lalu..
Aku cuma minta tumpang lalu..