Wednesday, August 20, 2014


Tuhan 
Aku sering ingkari taubat.. 
Aku sering  pandang remeh pada dosa.
Aku juga zalim pada diri..

Apa masih kau terima taubat aku si pendusta?
Apa masih kau terima taubat aku si pendosa?
Apa masih kau terima taubat aku yang mudah hanyut? 

:'| 

Mengah

Bila kau sudah ditempat paling tinggi..
Ingat bukan kau yang paling tinggi.
Tapi ada Dia yang maha tinggi.

Bila mana kau mula mendabik dada.
Seakan pahala sentiasa berganda.
Ingat, bukan kau sorang yang berkuasa. Dia lagi kuasa.

Sini bukan nya tempat bermegah..
Apa kau lupa sini tempat asalnya hidup kau mengah...

Saturday, August 09, 2014

Tunggu

Selalu..
Terfikir aku.
Masih kau ingat aku?
Manalah tahu kau tunggu. 
Entah kenapa aku berfikir kau tunggu.
Sedangkan aku yang menunggu.
Lalu menulis sesuatu ..
Kau mungkin akan diam membisu.
Tapi sengaja aku mahu tunggu ..
Mengharap kau bicara sesuatu.
Hampa, bila tiada kabar mu.
Oh lupa kau bukan lagi dengan ku..
Tiada hak aku nak tunggu..
Tapi aku tahu ..
Kau selalu..
Ada disini menunggu apa yang aku mahu. :')

Syafiqah Othma

Friday, August 08, 2014

Lari.

Lucu..
Bila hati tak lagi rindu..
Bila hati tak lagi sayangg.

HAHAHA
Ya lucu.
Dan aku mahu tanya..
Mana pergi sayang dan rindu?
Apa kau bawak ia lari bersama kau semasa kau lari dulu?


Thursday, August 07, 2014

Aku minta lalu..

Aku memang begini..
Biarlah dikata aku keras kepala.
Biarlah nak kata aku ikutkan kepala.
Biarlah nak mengata yang aku kepala bata.
Bukan aku tak nak percaya.
Tapi aku malas nak percaya.
Pernah dulu matian aku percaya.
Bila tak sependapat.
Apa yang dapat?
Kau tikam aku rapat-rapat!
Aku bukan yang dulu..
Senang diheret kehilir kehulu..
Sekarang beri aku lalu..
Aku cuma minta tumpang lalu..


Wednesday, August 06, 2014

Jangan cari.

Sengaja aku nak duga..
Tengok jauh mana mata.
Kau buat buta.
Tak apa.
Aku percaya.
Kau memang buta.
Konon tak lihat..
Sedikit tak terpahat.
Apa nak buat..
Kau takkan lihat.
Aku kan pergi.
Jangan cari.
Harap kau kira dengan jari.
Berapa hari aku pergi.
Biar puas hati.

Letak mana malu?

Lalu coret sesuatu cerita..
Ceritanya tentang sesal..
Sesal bila kau sesal kau takpernah menyesal..
Apa kau tahu..
Bergurau sana..
Bergurau sini..
Mana pergi malu?
Oh lupa kau memang takda malu.

Cakap dengan siapa?
*Dengan cermin.

Syafiqah Othma

Monday, August 04, 2014

Asalkan kau tahu pulang..

Bila sedih..
Tulis tentang hati yang sakit..
Bila insaf..
Mula tulis pasal baiknya tuhan.
Agak-agaklah ada tak yang menyampah pandang orang yang kerap rapuh?

Bagi aku :  senang..
Tak kira berapa kali kau rapuh ..
Berapa kali kau jatuh..
Yang penting macam mana kau mula ingat Tuhan saat kau jatuh.
Tu dah cukup. Kita manusia.
Iman senipis kulit bawang.
Nipis..
Tak kisah kau jatuh, kau rapuh..
Asal kau tahu pulang..






Sunday, August 03, 2014

Doa sayang.

Nak sedarkan kau..
Aku pon hanyut.
Apa boleh aku buat?
Tengok dari jauh.
Tak sampai hati..
Tak apa.. Aku ada senjata..
Aku harap ia berkesan.
Doa?
Ya. Aku doakan kita sama2 kembali pada DIA..
Lagipun aku harap kita jumpa disana semula..
Semua Sebab aku sayang kau..


Syafiqah Othma

Saturday, August 02, 2014

Apa nak risau..

Jatuh tu sakit.
Bukannya tak sakit.
Dalam sakit kau perlu bangun.
Ramai sedang berlari jalan.
Kau jatuh terjelepuk sampai bila?
Sekurangnya bangun mengesot.
Kau kan bergerak jalan.
Jarak takkan terlalu jauh..
Hari ni tak ada yang mengangkat pimpin masa jatuh.
Mungkin esok akan ada yang mengdukung lari
DIA dah janji.
Apa nak risau. 

Friday, August 01, 2014

Dunia dah tua.

Dunia dah tua.
Tapi apa kau pikir??
Nafsu serakah tetap kau lepas.
Apa kau ingin..
Semua kau bidas.
Apa kau lupa?!
Dunia ini palsu.
Lakonan manusia ..
Konon hidup selama.
Dunia dah tenat.
Usia tunggu ajal.
Kau pon tahu..
Cuma buat-buat tak tahu.
Pekak mata..
Buta telinga..
Pikir hati tak apa.
Asalkan nafsu kenyang..
Sendawa.

Syafiqah Othma