Tuesday, July 22, 2014

Musuh bayang..

Tahu tu bukan dia.
Tapi bayang tu seakan.
Aku jalan sana..
Jalan sini.
Terpandang muka yang sama.
Hati membuak benci.
Entah. Tu bukan dia tapi benci.
Sakit...
Seolah bayangan itu dia didepan..
Tuhan .. aku cuma mangsa.
Kenapa menghukum?  :[


Syafiqah Othma

Monday, July 21, 2014

Ceritanya.

Ceritanya..
Aku disuruh jagakan hatinya.
Aku jaga, jaga rapi..
Tak biar kena panas hujan..
Risaukan hujan panas.
Ku payungkan,payung sayang..
Tak ingin lihat demam bertampal koyok.
Ada hari hatiku ditoreh luka dalam. 
Apa peduli..
Aku mahu, biarkan lagi bertampal..
Aku jahit..
Tak sakit.. 
Asal dia ada.
Biar lagi.
Biar ..
Satu hari nyata. 
Dibiar hatiku.
Dia pijak henyak pula..
Pikirnya juga takkan dalam lukanya. 
Sudah.. 
Hatiku dah tenat.
Perlukan ubat..
Aku pergi .. jangan cari. 

Syafiqah Othma

Saturday, July 19, 2014

Si pendosa.

Aku hiasi ruang ini
Tentang kisah ku..
Kerana ku pasti mungkin hari esok bukan milik ku lagi...
Ya, benar hari ni masih terdaya menulis.
Mungkin esok tidak .

Aku akan mati.
Di mamah tanah.
Tapi harap apa yang dicoret takkan mati..
Aku ingin ia mekar sebagai coretan.
Coretan yang bisa menghias-
Ruangan usang tiada penghuni.
Iaitu diari hidup aku si pendosa..

 Syafiqah Othma

Friday, July 18, 2014

MH17

Ujian dan musibah rata-rata.
Nangis negara dilanda ujian.
Satu per satu..
Tanda Dia sayang ..
 Dia Pencipta Alam..
Dia tahu apa yang terselindung.
Apa yang tersembunyi.
Ada hikmah..
Kita rasa berat..
Menangis air mata..
Dia sebaik perancang.
Manusia pula mula cipta spekulasi..
Konon angka 7.
Dia bagi ujian untuk kembali berdoa..
Bukan jadi dukun.
Bodoh manusia.
Berhenti ..
Sebelum ribut ujian tak henti..
Apa dah lupa dunia makin uzur??
Ada pula yang masih bersuka..
Belum kena batang hidung..
Tak apa.
Masanya akan sampai..

*Doakan Gaza Malaysia.

with love.  
Syafiqah Othma

Monday, July 14, 2014

Beri ruang aku Nafas.

Kau buat aku menyampah..
Aku buat tak ambil tahu.
Sambil mengjengkel dalam hati.

Apa aku lihat,
kambus setiap detik dalam mata dalam dalam.
Apa aku dengar, simpan tanam dalam gegendang..
Moga selamanya terbenam..
Takkan muncul benci, takkan hilang sayang..
Buat tak tahu.
Biar itu hak aku..

Jangan ganggu aku..
Beri ruang aku nafas.

with love.  
Syafiqah Othma

Saturday, July 12, 2014

Percaya..

Andai kita satu pasukan.
Aku cuma ingin minta sesuatu: Kepercayaan.
Agar bila ada yang mendengki,
Biar ada yg bercerita buruk.
Kau tetap percaya.

Kerna
Kau tahu apa yang aku mahu..
Dan aku juga tahu apa yang kau mahu..
Apa susah kau cuma perlu percaya.
Percaya takkan buat kita berpecah melainkan kau sendiri memecah. 

*Aku cuma minta kau percaya. 

Thursday, July 10, 2014

Moga tak salah.

Sengaja mahu tahu apa perasaan bila sesuatu hilang..
Cuba selam rasa hati paling dalam ..
Letak diri dalam satu keadaan..

Andai ia hilang.
Apa akan ada rasa kehilangan?

Moga tak salah ...
Takut sesal sampai mati...


with love.  
Syafiqah Othma

Wednesday, July 09, 2014

Tuhan sayang kita.


 Sayang..
Cinta jangan dibawa ikut nafsu.
Jangan pula salah tuhan cipta nafsu.
Nafsu anugerah.
Didik nafsu dengan iman.
Dia kurniakan kita akal,
Akal untuk manusia.
Kawal nafsu dengan akal.
Buat apa ada akal kalau bukan untuk  fikir baik buruk.

Kita manusia.
Bukan binatang.

*Tuhan sayang kita.

with love.  
Syafiqah Othma



Monday, July 07, 2014

Apa kau layak?

Kalau aku burung pipit   
Kau burung Enggang. 
Kau pilih aku. 
Apa aku rasa.

Aku takda apa 
Kau semuanya ada.
Kau kuat.. Kau hebat.. Kau baik..

Aku..
Apa aku ada?
Apa masih aku layak ? 
  
*Kau jauh lebih layak beribu kali kesempurnaan. 

with love.  
Syafiqah Othma

Saturday, July 05, 2014

Jalan redah duri.

Boleh aku toleh belakang?
Toleh hanya seketika..
Tak lama.
Kutip sedikit kenangan..
Buat pengubat hati merindu..
penguat kaki harung duri..

Aku harap
Masih ada yang tunggu.
*redah duri pimpin tangan jalan sama.



with love.  
Syafiqah Othma

Hati Berparut.


Dah lama aku tinggal hati sendiri..
Untuk tengok-tengokkan hati orang..

Tapi harini..
Nak juga aku jenguk-jenguk dia: hati sendiri.
Baru sedar,banyak luka.
Banyak parut pun..

Tak sakit mana ..
Tak apa.
Luka aku dah aku jahit..
Parut lama pun..
Sudah aku padam.

Harap tiada dendam..
Hidup tak lama.
Takut-takut kalau bawa jumpa DIA,

*DIA tak terima hati berparut.


with love  
Syafiqah Othma

Thursday, July 03, 2014

Susah Jadi Orang Tengah..

Yang kiri cakap itu.
Yang kanan cakap ni.

Sorang tak pandai mengaku salah.
Sorang tak reti mengalah. 

Dah salah .. mengaku. 
Buat apa besar-besarkan keadaan.
Selesai cara elok.

Tak susah. 
Cuma bincang.
Letak ego bawah kaki.
Cakap pasal maruah..

Sudah laa. 
Aku rimas.

Pergi jauh-jauh..
Buat apa yang kau dua suka.
Biar sampai bertumbuk..
Jangan sampai mati-an

*Asal selesai. 


with love  
Syafiqah Othma

Wednesday, July 02, 2014

Bila Aku Jatuh.

Dulu-dulu..
Aku sangka sayang dan cinta tu sama.
Sampai satu masa
Ia hilang..
Tersedar.
Memang banyak bezanya..

Macam jugak sekarang..
Aku pikir kawan dan sahabat tu sama.
Tapi, bila aku jatuh.
Baru aku kenal.
Mana satu kawan.
Mana satu sahabat.

*Dan mana satu lawan.


 with love  
Syafiqah Othma

Tuesday, July 01, 2014

Aku tak buta.


Kau nak.. Kau boleh mintak. 
Buat apa curi-curi belakang aku. 
Aku bukan buta. 
Aku tahu mana aku letak..
 mana aku simpan.

Tak perlu tunggu aku mandi.
Nak jenguk2 barang aku..

Nak tengok mintak. 
Bukan aku tak kasi tengok-tengok.

Aku tak suka bila fone aku senang-senang orang bukak. 

Aku lock.
Tapi kau bukak. 
Mungkin dah lama usya . 
Tak sengaja kau ingat. 
Tak apa. 
Aku tak kisah. 
Bukan ada apa dalam nya. 
Cuma cara kau..
 Aku tak suka.



*Aku tak marah tapi aku nasihaaaat.

write with love  
Syafiqah Othma