Monday, June 30, 2014

Telan pahit kata-kata.


Entah bila boleh luah apa yang nak diluah. 
Entah sampai bila hati kena kunyah katakata bohong dari mulut sendiri. 

Nak cakap rindu takut salah.
Nak luah sayang takut silap.

Maaf
Aku manusia penakut. 
Tangan saja giat menaip
Lain pula mulut, hanya mampu diam..
Hati? Mengikut rentak jalan hidup.


 *telan pahit.



write with love  
Syafiqah Othma

Sunday, June 29, 2014

Alhamdulillah

Terima Kasih Ya Rabb kerana 
Sampaikan aku dengan bulan ramadhan tahun ini. 

Alhamdulillah. 
Hari pertama puasa dengan cuaca yang redup. 
Hujan rahmat dipetang hari.
Hilang rasa penat, dahaga. 

Alhamdulillah.. 

*bayi bau syurga. Allah rindu.


write with love  
Syafiqah Othma


Saturday, June 28, 2014

Hati kau macam robot.

Kau terkilan.

Apa yang kau rasa tu kau simpan. 
Sampai satu masa,perasaan tu hilang sendiri..

Dah biasa lama2 terbiasa. 
Nak lalui terbiasa tu jauh. 
Sabar.
Lama-lama kan terbiasa. 
Yang penting sabar.

Takperlu jaja kesedihan konon nak cerita betapa kau terkilan. 

Sudah lahh. 
Tunggu saja saat kau terbiasa. 

*Lama-lama akan ada yang tertanya kenapa hati kau macam robot..


write with love  
Syafiqah Othma




Friday, June 27, 2014

Sakit minta pujuk.

Dalam satu keadaan.

kecewa ku bersebab .
kecewa memang kecewa .
sengaja aku mahu di pujuk pujuk.

minta ku dengan merajuk, pikir boleh bermanja-manja..
boleh juga tengok, dalam mana sayang nya.

Dipujuk sampai satu tahap sabar sipujuk hilang .
Dilempang pula gegendang dengan kata2.

janji pada diri.
pandai lah nanti ku pujuk pujuk hati sendiri,
pandai juga nanti ku pujuk pujuk rajuk sendiri


*jalan seret kaki

write with love  
Syafiqah Othma

Wednesday, June 25, 2014

Dua pilihan.

Kata orang tak susah pilih antara dua pilihan.
hanya dua.. 
bukan tiga, empat atau lebih..

kata aku..
dua pilihan lah yang susah..

Untuk yang satu pernah lari jauh-jauh..
kini ingin kembali pulang ke punguk..
dan
Untuk yang satu dekat tetap dekat ..
dibawah ketiak namun susah di kendong.

pilih yang mana?


mati kutu.

write with love  
Syafiqah Othma





Sunday, June 15, 2014

Syukur tuhan tak pernah muak.


Nikmat diberi tak terkira,
tapi kita lupa siapa pemberi nikmat,
Kesenangan diperoleh tapi kita lupa siapa pemberi kesenangan,
kejayaan kita kecapi dada mula didabik. 
rasa kita yang paling tinggi terbang. 
tapi kita lupa siapa pemberi kejayaan..

Terbang terlalu tinggi,
satu hari jatuh terjelepuk,
segalanya hilang.
semua lesap diheret pergi.
apa yang ada? 

Mula merangkak cari tuhan. 
sedang senang ku lupa Dia..
 susah, mula raba mencari. 
sedang kalau tuhan juga punya hati.
Di tendang kita jauh-jauh.

tapi tidak.

tuhan tak pernah muak . 
syukur tuhan tak pernah muak untuk kita.
 setiap apa yang dipinjam perlu kembalikan.
kembalikan dengan penuh nilai
walau tak ternilai untuk satu nikmat. 


write with love  
Syafiqah Othma