Monday, December 09, 2013

Menilai Hati.

Aku tak sempurna, kau juga tak sempurna,
tapi aku tahu kau ada menyempurnakan aku..
Aku lemah, kau juga lemah,
tapi aku tahu kau ada saat aku lemah,

Apa yang aku rasa aku pendam,
apa yang aku rasa hanya aku yang rasa, tidak minta untuk difahami, 
kerana aku juga tidak pandai memahami, 

mungkin aku masih kerdil untuk menilai hati kamu, 
tapi aku tahu apa itu menghargai dan dihargai , mungkin kamu sedang berbelah bahagi, banyak yang difikirkan, tapi fikirlah aku, aku juga manusia.
kamu hanya fikir kamu , hanya kamu dan hanya kamu .

aku tidak hebat menilai kamu, hanya kamu saja yang hebat menilai aku, kamu hebat kerana kamu hebat mencipta beribu andaian, itu kamu bukan aku.

Di mulut, kamu menang menilai hati aku, tapi di hati, kamu kalah dalam menilai hati kamu,
Aku berkata-kata bukan menunjukkan salah atas salah mu, cuma aku ingin mengakui aku banyak kekurangan, berhenti menilai aku seakan kamu tahu segala isi hati ku. 

write with energy  
Syafiqah Othma

No comments:

Post a Comment