Saturday, June 30, 2012

Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri MaAa~

Salam semuaaa..
harap sihat2 sokmo la gayanyaa. 
hampir sebulan sudah aku tak update blog.hari ni baru dapat nak update blog sebabnya aku balik penang sekarang ni..hehehe.. saja balik rumah.cuti 4 hari.
minggu pertama tu mamang  rasa macam tak best sangat2..
tapi Alhamdulillah ada kawan2 ,gembira la sikit bila ada depa. :')
*thanx weh!insyaAllah 3 tahun kita dok kelate sama2 tau!!heee. 
lama2 dah biasa dah cara hidup kat sana.
serius time nak beli makan aku malu nak cakap.
hahahah!! 
yalahh.. kita mintak ayaq limau ais tiba2 orang kedai tu cakap. "singa beng 1!!" 
dalam hati apa singa2 pulak ni.. aku nak limau aiss!!!..
pastu baru la aku tau singa beng tu limau nipis.jenuh aku gelak kuat kat kedai tu..
memang banyak la benda lawak jadi time kat sana..
banyangkan anak penang pi dok kelate. serius tak paham depa cakap apa. 
hahaha.. lama2 tu dah makin paham laa. 
tak mau cerita banyak2 .ni aku nak selit2 sikit gambaq masa kat sana hari tu. :)
 

haaa...cuba cari mana aku.hahahah!
gambaq ni time pi pantai kat bachok..tah nama apa pantai ni aku pon tak tau.
tapi cantik sangat2. ayaq dia cantik. best tengok .
tapi sayang tak sempat nak mandi. aktiviti full hari tu..
dapat main2 sikit pon jadi la. :'( 

gambaq2 bawah ni pulak sepanjang 2 minggu kami ada riadah setiap petang lepas kelas.
serius penat la ..
setiap petang pukul 5 hingga malam baru balik hostel..
kami bersukan kat ILP. best o tempat dia.hhaha. 
kebanyakan kawan2 aku semua malas nak main termasuk aku,,
hahahah..
aktiviti kami hanya duduk tepi sorak2 untuk pemain dan bargambaq. hahha..aci kan??.
c(:
nikmat tengok orang main tapi aku sendiri malas nak main.hahaha

 
 
 
 
 
serius Awan petang tu cantik.. macam nak hujan tapi tengok2 tak hujan setitik pon..
baru nak syok boleh mandi hujan.
HAHAAH!

*ni farihah.dia baik oo! 

tengok2 sambil main tab, hahah3
*gambaq ni hari lain pulak.saja tak bawak seluar sukan. :) 
alasan tak mau main. haha

*ni pon hari lain jugak kawan2 lepas main badminton.
okey. aku tak main apa2 .hehe.. :) 

*sebelum mula kelas bergambaq dulu.. heheh
hawa dan ain. :) 

okey laahhh..tu jaa nak share mengeshare dengan hampa2 semua. :) serius best jugak dok negeri orang.
tambah2 lorghat yang berbeza.macam2 pengalaman dapat..
tak rugi okeyy!hahahah


Taman tengku Anis best! dekat ja dengan asrama aku. :) mau pi lagi tempat tu.hee...
walaupun best negeri orang tapi negeri kita sendiri lagi best kann?
I LOVE U PENANG!!!

By :Syafiqah Othman 

Friday, June 08, 2012

Jangan menangis tau.... ╥﹏╥

ASSALAMUALIKUM~
Setelah beberapa bulan aku dok rumah..
akhirnya InsyaAllah esok aku melanjutkan pelajaran ke KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM,..
mesti lepas ni aku dah jarang online.. update blog mesti la lagi jarang.. 
tapi kalau ada kesempatan boleh la update2...
doa2 lah supaya mudah ja nak online bagai ni..
tapi pesan mak ayah suruh study elok2.
niat untuk study sana tu kena betul.. Niat kerana ALLAH..
dah tu HUBUNGAN DENGAN ALLAH (HDA) juga kena jaga..
kalau tak jaga tersesat kita. 
*bukan tersesat jalan tapi tersesat akhidah ..
oh..teringin sungguh nak jadi top student. kahkahkah! *okey jangan gelak lebih2. 
aku memerlukan doa kalian.. :')  
sudilah tadah tangan setiap waktu solat mendoakan untuk kesejahteraan ku di negeri orang .. 
hehehe3.. lebih2 kan budak ni? tapi memang betul aku nak hampa semua tolong doakan aku..
Almaklum laaa.. DOA ITU SENJATA MUKMIN...
sorang yang hampa tolong doakan 10 insyaAllah akan mendoakan hampa.. hee..
okey la tu ja kot nak cakap2 kali ni.. 
buat bengit ja telinga orang baca. *1.2.3. BUUUUU bajet ada orang baca latu..
apa pon hampa nak buat buat la.HAHA3. ..nak berenti tulis dah ni..
lagi pon kalau bising2 sangat bukan ada nak dengaq kannn?
okey semua kawan2 yang rajin blogwalking dengan aku..
kawan2 yang rajin jenguk menjeguk blog usang ni..
kawan2 yang setia berbalas comment dengan aku..
dan tak lupa jugak dengan follower2..
thank semua aku hargai sangat ..
rajin2 jenguk la  blog ni lagi.. 
ada kesempatan aku balas kunjungan hampa walau tak boleh nak update.. 
sebenarnya nak cakap banyak lagi tapi cukup lak kot.
esok pagi iaitu hari sabtu bersamaan 9.7.2012 iasyaAllah aku betolak ke Kelantan ..
doakan supaya aku sampai dengan selamat tau..
okey..papai.. :) jangan menangis tauu.. hehehe3
sayang hampa sangat2! *nah bagi love banyak2! ♥♥♥♥♥♥


By :Syafiqah Othman. 

Wednesday, June 06, 2012

MISI KEMANUSIAN PELARIAN SYRIA~

Assalamualikum..
Tadi ada  abang Abu Ubaidah  dekat facebook share tentang misi kemanusian pelarian syria..
tiba2 ja aku exited nak share dengan semua pasal misi ni .. hehhe3
tak rugi pon kalau share benda baik kan? oleh itu meh aku nak share something.. 
nah aku petik sikit Ayat Al-Quran ...
"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu;lalu dia berkata (menyesali), "YA TUHAN-ku,sekiranya engkau berkenankan menunda (kematian)-ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh." AL-MUNAFIQUN (10)..




Misi Bantuan Kemanusiaan Syria 2

HALUAN akan meneruskan menghantar team bantuan kemanusian ke Syria.
Kali ini kan berkhidmat di HATAY/ANTAKYA sempadan Turki-Syria.

InsyaALLAH akan berlepas dari KLIA pada hari sabtu 9hb Jun 10 pagi.
Berada dilapangan sehingga 16hb Jun.

Disertai 2 orang doktor dan 2 paramedik (HALUANSiswa medik dari Jordan)
Doakan keselamatan mereka,

Sambil TERUSKAN mengajak masyarakat Malaysia utk lebih prihatin,
dengan memberikan SUMBANGAN kpd akaun tabung yg tertera.

Akaun HALUAN
BIMB 14-023-01-002571-8

Layari website HALUAN : HALUAN MALAYSIA

sebarang pertanyaan boleh la tanya aku.. 
tak pon tanya terus dengan Abang Abu ubaidah ni.. :) okey..
*aku share ni pon kira sumbangan jugak ni.
kalau ada yang menderma dapat jugak menabung dalam tabung pahala aku .heee .. :') 
                 "tak rugi kita menginfak walaupun sebesar Zahrah(sebesar bijik sawi)" Allah kira setiap Amalan kita. :..